suria

Peniaga kedai makan berani kongsi petua masak nasi putih sedap... Terbukti elok ‘kejadian’, sentiasa berderai

Seorang peniaga berkongsi rahsia masak nasi sedap. -Gambar hiasan

GARAM, minyak dan daun pandan merupakan tiga bahan rahsia yang digunakan oleh pengusaha kedai makan untuk memasak nasi putih yang sedap.

Menurut Ahmad Shukri Amiruddin, dia juga menggunakan petua sama sepanjang berkecimpung dalam perniagaan makanan.

"Selama 25 tahun saya belajar, bekerja, bergelumang dan mencari rezeki melalui perniagaan makanan, malam ini saya akan bagi ilmu yang paling penting sekali dalam bidang masakan.

"Saya nak kongsikan 'ilmu pengasih' yang digunakan oleh kebanyakan kedai-kedai nasi campur dan juga nasi lauk kenduri kahwin. Kadang-kadang bila kita makan nasi kat kedai memang sedap. Lepas tu orang kata kedai tu pakai jin, pakai bomoh, pakai hantu dan macam-macam lagi.

"Perkongsian 'ilmu pangasih' untuk anda. Anda boleh gunakan ilmu ini supaya suami anda lebih sayang sebab masak lagi sedap. Setiap kali masak nasi putih, bacalah Bismillah dan selawat masa basuh beras. Ikutlah berapa kali nak dibaca.

Kuali recipe — Lap Mei Fan. —LOW LAY PHON/The Star

Jika salah teknik, nasi yang dimasak boleh menjadi keras dan tidak sedap. -Gambar hiasan

"Masa nak masak nasi, masukkan sedikit garam dan minyak dalam nasi yang nak dimasak. Masukkan daun pandan. Kena pandai agak-agak supaya tak terlalu masin dan berminyak. Sukatan air nasi adalah seperti biasa," kongsinya.

Jelas Ahmad Shukri, tiga bahan itu mempunyai fungsi tersendiri yang akan menambah kesedapan nasi putih anda.

"Minyak berfungsi supaya nasi tidak melekat dan sentiasa berderai. Garam pula untuk bagi nasi putih ada rasa bila kita makan begitu saja atau dengan lauk berkuah. Daun pandan supaya nasi wangi satu dapur bila dah mendidih.

"Kalau masak nasi selain nasi putih, contohnya nasi tomato, nasi minyak dan lain-lain cuba ikut cara ini dan masukkan tiga atau empat ketul gula batu bertujuan mengilatkan nasi supaya lebih cantik.

"Inilah rahsia besar kedai-kedai makan dan para tukang masak. Saya reda kalau lepas ni ada yang mesej saya kenapa "bodoh sangat" beritahu rahsia ni. Tujuan saya ilmu yang diamalkan, saya akan dapat pahala berterusan. Tak salah kan?" ujarnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain