suria

Buat 7 langkah penting ini selepas sedar anda jadi mangsa penipuan wang, scammer akan gelabah!

Mangsa penipuan dalam talian berdepan kerugian yang mencecah ribuan ringgit. -Gambar hiasan

KEWUJUDAN transaksi dalam talian ternyata memudahkan urusan kehidupan kita pada hari ini.

Tanpa mengeluarkan wang tunai, kita masih boleh membuat pembelian di internet, membayar pinjaman bank, melunaskan bil dan bermacam urusan lagi.

Di sebalik kemudahan itu, ramai pengguna turut berdepan risiko penipuan dalam talian yang boleh membawa kerugian sehingga ratusan ribu ringgit.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook tampil berkongsi tip serta langkah yang perlu dilakukan jika anda menjadi mangsa penipuan wang secara dalam talian.

"Nak ajar tip yang pernah saya buat sampai gelabah si scammer," tulis individu yang menggunakan akaun Satu Dua itu.

1. Buat laporan polis, polis akan tanya untuk apa buat laporan? Cakap untuk rujukan kepada pihak bank.

Picture for parcel scam story use

Mereka yang membuat pembelian dalam talian berisiko menjadi mangsa penipuan. -Gambar hiasan

2. Bawa laporan polis, pergi bank yang si scammer pakai, buat laporan dekat bank, cakap kena tipu, duit habis RM200 (contoh).

3. Bank akan bekukan semua akaun bank di bawah nama scammer itu. Nanti confirm scammer akan gelabah bila bank dia tak boleh guna.

4. Si scammer kena buat laporan polis baru dia boleh berurusan dengan bank untuk selesai masalah akaun bank dia kena beku. Bank tak boleh aktifkan balik tanpa anda tarik balik laporan polis.

5. Scammer akan merayu dekat anda supaya tarik balik laporan polis. Jadi anda buat syarat, boleh tarik balik kalau scammer bayar balik RM200.

6. Lepas scammer dah bayar, hak anda untuk tarik balik laporan atau tidak. Kalau anda nak bagi pengajaran, tunggu lima ke enam bulan baru anda tarik balik laporan polis. Macam saya buat dekat scammer sebelum ni, berbulan-bulan baru saya tarik balik, hari-hari scammer merayu minta maaf. Buat sampai dia stres.

7. Kalau rasa dah puas hati, baru tarik balik laporan polis tu, lepas tu pergi bank cakap dah tarik balik laporan polis, barulah bank akan aktifkan balik akaun bank si scammer.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain