suria

Apa itu bipolar? Berikut 5 persoalan bantu anda fahami masalah mental ini

Masalah bipolar tidak boleh dipandang ringan.

KISAH perceraian selebriti terkenal Kim Kardashian dan penyanyi rap Kanye West mendapat perhatian peminat di seluruh dunia.

Tidak hanya itu, pelbagai spekulasi mengenai rumah tangga mereka turut menjadi bualan peminat termasuk Kanye menuduh bekas isterinya menculik serta menghalangnya berjumpa dengan anak-anak mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahukah anda... cahaya skrin telefon antara 7 punca rasa letih sebaik bangun tidur

Tidak hanya itu, Kanye hebat mengkritik hubungan Kim dan pelawak Pete Davidson, menghinanya di media sosial serta menghasut pengikutnya untuk membenci lelaki itu.

Kanye turut percaya tindakannya itu adalah sebagai perjuangan untuk menyelamatkan keluarganya dan berharap dia dan bekas isteri akan kembali bersatu.

Umum mengetahui penyanyi rap bermasalah itu bersikap telus tentang gangguan bipolar yang dihidapinya dan memberitahu telah berhenti mengambil sebarang ubat-ubatan untuk mengawal masalah tersebut.

Masalah bipolar bukan sesuatu yang perlu dipandang ringan dan pensyarah Psikologi di Universiti Taylor yang juga merupakan pakar dalam seks dan hubungan, Pang Chia Yee merungkai beberapa persoalan mengenai perkara itu.

kanye-west-kim-kardashian656_

Kanye West antara selebriti yang terbuka tentang masalah bipolar dihidapinya.

1. Bagaimana seseorang boleh mengesan pasangan mereka menghidap bipolar dan apakah antara gejala yang perlu diberi perhatian?

Pertama sekali, kita perlu memahami bahawa gangguan bipolar adalah spektrum, bermakna ia boleh berkisar dari ringan hingga teruk.

Terdapat juga beberapa jenis gangguan bipolar mengikut DSM-V (Manual Statistik Diagnostik). Secara amnya, pesakit bipolar akan mengalami perubahan emosi yang ekstrem, daripada kegembiraan melampau (juga dikenali sebagai mania) kepada melampau (kemurungan) - atau sebaliknya, dengan kehadiran "norma" di antara kedua-dua ekstrem tersebut.

Beberapa yang mungkin perlu diperhatikan ialah; Penyalahgunaan alkohol atau dadah, perbelanjaan tidak terkawal dan perubahan yang kerap.

Bagaimanapun, dalam konteks perhubungan, adalah lebih sukar bagi seseorang untuk mengenal pasti bahawa pasangan mereka mengalami gangguan bipolar berbanding pihak ketiga.

Mature Mother and problem child. Frustrated mother talking to with her son sitting on the couch.. Senior mother talking with her unhappy son at home during the day. Mother comforting her black hair son (Mature Mother and problem child. Frustrated moth

Perubahan mood yang drastik antara gejala bipolar.

2. Mengambil contoh kes Kanye West adakah itu antara gejala bipolar atau sebaliknya?

Berdasarkan tinjauan media sosial dan kenyataan-kenyataan dikeluarkan, ia menunjukkan tanda menghidap bipolar. Bagaimanapun ia tidak boleh disimpulkan semata-mata berdasarkan satu medium kerana mungkin terdapat fakta dan butiran lain yang tidak diketahui.

3. Apa yang menyebabkan seseorang boleh mengalami bipolar? Apakah pencetusnya?

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan gangguan bipolar, seperti tekanan sekeliling, genetik, ketidakseimbangan kimia dalam badan atau perubahan dalam otak manusia.

Ini termasuklah tekanan emosi, kurang tidur, keretakan dalam hubungan atau perceraian, alkohol, dadah, cuaca, kehamilan, hilang pekerjaan atau lain-lain kehilangan, tekanan kewangan dan sebagainya.

Understanding-Bipolar-Disorder-scaled

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan masalah bipolar.

4. Jika seseorang mempunyai hubungan dengan individu dengan masalah bipolar, apakah yang boleh dilakukan untuk membantunya?

Paling penting adalah mengenal pasti apakah pencetusnya dan mereka boleh bersikap jujur dan terbuka mengenai kisah hidup mereka.

Jangan sesekali menyalahkan diri sendiri apabila pesakit berada dalam situasi tersebut dan sebaik-baiknya mendapat bantuan profesional.

Walaupun digalakkan untuk memujuk pasangan mereka mendapatkan bantuan profesional, stigma sosial boleh menjadi cabaran kerana individu tersebut tidak mempunyai tanggapan yang baik terhadap penyakit mental dan berasa malu untuk mendapatkan bantuan.

Cara lain untuk membantu mereka adalah pastikan pesakit tahu anda sentiasa menyokong selain memastikan ahli terapi serasi dengan pesakit.

bipolar (1)

Bantuan profesional mampu menyelamatkan pesakit daripada terus 'hanyut' dengan bipolar.

5. Jika pasangan yang mengalami masalah bipolar mula menunjukkan tindakan ganas, apa perlu dilakukan?

Sentiasa ingat bahawa keselamatan diri adalah perkara paling utama. Jika pasangan mula menunjukkan tindakan luar kawal seperti fizikal dan verbal, maklumkan kepada pihak polis, keluarga atau pun jiran.

Atas sebab itu, jangan tunggu sehingga pesakit menjadi teruk baharu hendak berjumpa dengan pakar di hospital.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain