suria

Berat susut mendadak walau tidak bersenam atau diet? Anda mungkin alami masalah ini

kurus diabetes

PENURUNAN berat badan tanpa melakukan aktiviti berat atau bersukan kira-kira 0.5-1 kilogram masih dianggap masuk akal dan tiada apa yang perlu dibimbangkan.

Namun, jika kita mengalami penurunan berat badan sebanyak lima kilogram atau lebih, walaupun kita tidak berdiet atau bersenam, ia mungkin merupakan simptom awal diabetes.

ARTIKEL BERKAITAN: Minum air kosong memang bagus, ketahui risiko kesihatan jika diminum secara berlebihan

Insulin adalah hormon yang membolehkan tubuh menggunakan glukosa (gula) untuk tenaga.

kurus 3

Gambar rajah menunjukkan insulin dalam darah tubuh manusia.

Jika kita menghidap penyakit diabetes tahap 2, badan tidak menggunakan insulin dan tidak boleh mengangkut glukosa ke sel-sel badan.

Sebaliknya, kandungan insulin ini kemudiannya terkumpul dalam darah kita.

Apabila glukosa tidak berada di dalam sel, badan kita akan menghantar isyarat bahawa kita kelaparan dan mencari cara untuk mengimbangi rasa itu.

Keadaan ini menghasilkan tenaga dengan membakar lemak dengan cepat dan perkara ini menyebabkan penurunan berat badan.

kurus 4

Jika mengalami penurunan berat secara drastik, segera berjumpa doktor.

Buah pinggang kita juga mula bekerja lebih masa untuk mengeluarkan gula berlebihan daripada darah, serta menggunakan tenaga tambahan, menyebabkan kerosakan pada organ ini.

Diabetes tahap 1 mempunyai corak yang sama, tetapi bukannya tidak dapat menggunakan insulin, badan kita berhenti menghasilkannya sama sekali.

Penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan boleh berlaku pada orang yang menghidap diabetes tahap 2, tetapi lebih cenderung terjadi kepada diabetes tahap 1.

Penurunan berat badan akibat diabetes biasanya bukan kenaikan paras gula semata-mata.

Ini biasanya disertai dengan tanda-tanda lain termasuk:

a. Dahaga atau kelaparan yang berlebihan.

b. Kencing berlebihan.

c. Kulit gatal.

d. Kulit gelap di sekitar leher dan ketiak.

e. Luka dan lebam lambat sembuh.

f. Jangkitan kulat.

Penting untuk diingat bahawa penurunan berat badan yang mendadak tanpa melakukan aktiviti berat adalah tidak normal.

Ini mungkin bukan sahaja tanda diabetes tetapi juga boleh menunjukkan masalah lain seperti kanser atau masalah dengan saluran penghadaman, metabolisme, atau tiroid.

kurus diabetes

Jalani ujian darah di klinik berdekatan jika anda mengalami masalah kesihatan.

Jika kita mengalami penurunan berat badan, dan tidak tahu mengapa, lebih baik segera berjumpa dengan doktor atau pakar.

Bagaimanapun dalam kes tertentu seperti jika gula darah terlalu tinggi atau terlalu rendah atau jika penyakit jantung hadir, ia berisiko tinggi.

Inilah sebabnya mengapa semua program senaman dan penurunan berat badan harus dimulakan hanya selepas mendapat nasihat doktor.

Sebarang penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan, pada pesakit atau bukan pesakit diabetes yang diketahuinya sendiri mungkin merupakan tanda gula darah tinggi atau penyakit serius yang lain.

Mereka yang mengalami gejala penurunan mendadak ini perlu berjumpa doktor dan menjalani ujian lengkap dalam menangani kes ini.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain