suria

Sakit belakang ketika bernafas, jangan abaikan ia mungkin petanda 5 penyakit ini

Sakit pinggang ketika bernafas boleh menjadi tanda kepada beberapa penyakit.

JIKA bahagian pinggang dan belakang badan berasa sakit setiap kali bernafas, jangan abaikan kerana ia boleh menjadi petanda kepada beberapa masalah kesihatan yang serius.

Dalam sesetengah kes, seseorang akan berasa bahagian belakang badan seperti menyucuk setiap kali bernafas - ia berkemungkinan disebabkan keradangan atau jangkitan pada paru-paru.

ARTIKEL BERKAITAN: Tapak kaki anda mendatar atau melengkung? Ketahui punca dan kesan flat fleet kepada penghidapnya

Berikut adalah beberapa penyebab sakit pada bahagian belakang badan ketika bernafas.

Skoliosis

1. Skoliosis

Skoliosis adalah keadaan tulang belakang melengkung ke bahagian sisi dan masalah ini biasanya berlaku dalam kalangan remaja.

Dalam sesetengah kes, tulang belakang boleh menjadi melengkung sehingga memberikan tekanan pada paru-paru membuatkan penderita sukar dan berasa sakit ketika bernafas.

Gejala masalah skoliosis termasuklah; sakit belakang dan hilang rasa pada tangan, punggung dan tulang rusuk. Pesakit juga biasanya sukar berdiri tegak ketika berjalan dan mudah sesak nafas.

Serangan jantung

2. Serangan jantung

Masalah itu juga boleh dikaitkan dengan salah satu gejala serangan jantung. Ia mampu mengancam nyawa dan memerlukan bantuan perubatan dengan segera.

Serangan jantung boleh terjadi apabila aliran darah ke otot jantung tiba-tiba tersumbat, contohnya disebabkan masalah darah beku. Gejala biasa serangan jantung termasuklah sakit dada, tangan berasa kebas, sakit pada bahagian rahang, sesak nafas, mual dan muntah.

Obesiti

3. Obesiti

Memiliki berat badan berlebihan dapat memberikan tekanan lebih pada tulang belakang, sendi dan bahagian tubuh lain. Individu dengan masalah obesiti biasanya akan berasa tidak selesa atau sakit ketika menarik nafas dalam-dalam.

Lung Cancer

4. Kanser paru-paru

Kanser paru-paru biasanya tidak menunjukkan gejala pada peringkat awal namun tanda umum barah ini adalah sakit pada bahagian dada apabila bernafas dan batuk.

Sekiranya kanser sudah merebak ke organ lain, keadaan ini dapat menyebabkan kesakitan pada tulang belakang dan punggung. Tumor paru-paru juga dapat menekan saraf pada tulang belakang, mempengaruhi pernafasan dan menyebabkan sakit bahagian belakang badan.

Tulang rusul

5. Tulang rusuk patah

Jika bahagian pinggang terasa sakit ketika bernafas itu juga mungkin menandakan tulang rusuk seseorang patah tanpa disedari mungkin disebabkan kemalangan.

Ia turut menyebabkan rasa sakit di bahagian tulang rusuk ketika menarik nafas, bersin, ketawa atau membuat gerakan lain.

Gejala lain tulang rusuk patah termasuklah perubahan warna di bahagian tulang rusuk dan kekejangan otot.

Artikel Lain