suria

Anda panik, sesak nafas ketika di tempat tinggi? Kenali akrofobia... gejala dan cara mengatasinya

Fobia ketinggian atau akrofobia merupakan ketakutan yang berlebihan terhadap ketinggian.

ADALAH wajar untuk sesorang itu rasa takut jatuh di tempat tinggi, terutamanya apabila tiada jaminan keselamatan.

Tetapi walaupun di tempat yang selamat, apakah yang perlu anda lakukan jika terdapat ketakutan yang berlebihan di tempat tinggi?

ARTIKEL BERKAITAN: Pelembap bibir pemberian nenek buatkan kanak-kanak ini obses, kini pegang rekod dunia koleksi lip balm terbanyak!

Mungkin anda mempunyai penyakit mental yang dipanggil takut pada ketinggian atau nama lainnya adalah akrofobia.

Tubuh manusia memang mempunyai pertahanan semula jadi terhadap bahaya, seperti melompat dari tebing atau memandu di atas jambatan yang sempit dan tinggi.

Jika naluri ketakutan yang berlaku secara semula jadi menjadi paranoia atau ketakutan yang tidak normal, ini menjadi satu masalah.

akrofobia 4

Meskipun tidak mudah untuk dirawat, fobia ketinggian sebenarnya dapat diatasi.

Perlu diingat, perasaan ketakutan yang berlebihan ini boleh membawa kepada dua kemungkinan iaitu sama ada ia bermanfaat atau berbahaya.

Ketakutan ini bermanfaat kerana ia menghalang kita daripada melakukan perkara yang boleh memberi kecederaan yang serius pada tubuh kita.

Bagaimanapun, orang yang mengalami gangguan kecemasan dalam bentuk fobia ketinggian mengalami panik atau kebimbangan yang melampau.

Banyak ahli psikiatri berpendapat akrofobia disebabkan oleh kejadian traumatis yang pernah dialami penderitanya, seperti pernah jatuh dari tempat tinggi atau melihat seseorang jatuh dari tempat tinggi.

Selain itu, akrofobia juga disebabkan oleh faktor genetik. Jika ada salah seorang anggota keluarga yang menderita akrofobia, maka anggota keluarga lainnya juga berisiko tinggi menderita fobia ketinggian ini.

.

Rasa takut yang dialami penderita fobia ketinggian boleh menyebabkan gejala seperti kecemasan, stres dan panik ketika berada di tempat tinggi.

Apabila mengalami akrofobia anda mungkin mengalami beberapa gejala, antaranya adalah:

1. Peluh lebih banyak daripada biasa.

2. Sakit dada atau sesak nafas.

3. Berdebar-debar walaupun hanya memikirkan tempat tinggi.

4. Loya dan pening.

Seperti jenis fobia lain, fobia ketinggian juga boleh disebabkan oleh trauma daripada pengalaman lalu yang menyakitkan.

fobia

Hanya dengan membayangkan berada di tempat tinggi saja, penderita fobia ketinggan merasa takut dan cemas.

Biasanya, pengalaman berkaitan ketinggian termasuk:

i. Mempunyai pengalaman jatuh dari ketinggian.

ii. Melihat orang lain jatuh dari ketinggian.

iii. Alami serangan panik di tempat tinggi.

Bagaimanapun, tidak bermakna keadaan ini tidak boleh disembuhkan atau dirawat.

Menurut Persatuan Psikologi Australia, mengkaji atau memahami bagaimana fobia ini muncul akan memudahkan anda mengatasinya.

akrofobia

Rasa takut akibat fobia ketinggian boleh mengganggu aktiviti harian penderitanya.

1. Penyembuhan secara kendiri

Mengatasi situasi ini secara bebas bermakna benar-benar mencuba pelbagai kaedah untuk mengurangkan ketakutan atau menghapuskan ketakutan anda terhadap ketinggian.

Walaupun kaedah ini jarang berjaya, sekurang-kurangnya anda bertanggungjawab dalam usaha untuk memulihkan kesihatan anda.

2. Rawatan kaunseling

Jika mengatasi situasi ini sendiri masih tidak berkesan, cuba berbincang dengan profesional kesihatan mental.

Anda mungkin memerlukan bantuan profesional daripada pakar psikiatri atau ahli terapi.

Terdapat banyak jenis terapi kaunseling, sudah tentu keberkesanannya bergantung kepada pakar yang menemani anda.

Jika sedar bahawa mempunyai fobia atau ketakutan terhadap objek tertentu, mulakan berbincang dengan doktor yang boleh mengesyorkan ahli terapi sesuai.

Anda mungkin disyorkan untuk menerima terapi pendedahan, yang dianggap salah satu yang paling berkesan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain