suria

Letak kepala di bantal mengantuk pun hilang... 4 perkara ini jelaskan masalah sukar tidur, juga tip mudah atasinya

Sukar untuk tidur malam bukan sahaja dapat menjejaskan kesihatan malah prestasi dalam kerja atau aktiviti seharian juga menjadi tidak produktif.

PERNAH atau tidak anda mengalami situasi sebaik sahaja ‘landing’ kepala pada bantal, tiba-tiba perasaan mengantuk tu hilang dan kita tidak dapat nak lelapkan mata.

Mesti rasa sedikit tertekan dengan situasi begini apatah lagi bila kita sudah mengantuk pada mulanya tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Mungkin ramai tak tahu... Ada sebab kenapa perlu buka pintu kereta guna tangan kiri

Menurut sumber TIME, ramai yang menghadapi masalah seperti ini tambah-tambah lagi golongan remaja.

Perkara ini berlaku disebabkan beberapa faktor yang berpunca daripada diri kita sendiri.

Otak manusia akan bekerja sepanjang kita membuka mata. Otak ni akan mula cipta satu pemikiran berdasarkan sesuatu yang kita lakukan.

Tentu sekali adalah dalam kalangan kita suka menonton movie atau series sebelum tidur betul? Berikut antara sebab seseorang itu berdepan masalah tidur.
best-time-to-post-at-night
1. Aktiviti sebelum tidur

Bila kita sering menonton movie di tempat tidur, otak kita secara automatik akan membuatkan minda kita berfikir tempat tidur adalah tempat paling sesuai menonton movie.

Bila letak kepala atas bantal je, terus hilang mood nak tidur, jadi kita ambil keputusan untuk layan beberapa movie dahulu sehingga datang balik rasa mengantuk.
sleep


2. Banyak berfikir

Ini bukan krisis berlaku pada remaja sahaja, malah mereka yang tua juga akan lalui perkara sama.

Sebelum tidur anda terlalu memikirkan sesuatu perkara hingga menyebabkan mata ni susah nak terpejam.

Untuk tidur dengan tenang, pastikan diri anda bebas daripada memikirkan sesuatu perkara.

Biasalah lepas menjalani seharian aktiviti, mesti kita akan berfikir balik tentang beberapa perkara, jadi cuba elakkan.
phone dizzy


3. Telefon bimbit

Menurut pakar, cahaya biru pada telefon kita merupakan punca utama kita tidak rasa mengantuk walaupun sudah tiba masa untuk tidur.

Selain itu, telefon bimbit ini mampu membuat kita leka sehingga kita tidak sedar sudah lewat malam.

Bagi sesetengah yang sibuk dengan kerja harian, malam sahaja masa mereka ada untuk ambil tahu tentang apa yang berlaku di sosial media tetapi kesihatan diri juga masih perlu dijaga.
5d4a7dab2400008c17937913


4. Minum air berkafein

Bagi penggemar minuman yang mengandungi kafein tinggi seperti kopi, ia boleh jadi punca utama kenapa kita sukar untuk tidur walaupun mata sudah mengantuk.

Pengambilan minuman berkafein enam jam sebelum tidur boleh menyebabkan kitaran tidur kita ni terganggu serta menjejaskan kualiti tidur.

Jadi, kalau nak minum kopi, ambil pada waktu pagi sahaja dan pastikan kuantiti tidak terlalu banyak.

Menurut American Psychological Association, kurangkan beberapa aktiviti di tempat tidur kita, kalau boleh jadikan tempat itu khas untuk kita tidur sahaja.
.


Cara penyelesaian masalah

Memang sakit hati bila mengantuk tiba-tiba hilang, jadi sudah pasti ramai ambil inisiatif paksa diri mereka dengan cara pejam je mata.

Kalau sudah lebih 20 minit masih lagi tidak boleh tidur anda boleh cuba cara ini.

Cuba pindahkan diri ke tempat lain, mungkin anda boleh duduk sebentar di ruang tamu.

Semasa di ruang tamu cuba lakukan beberapa aktiviti yang boleh menenangkan fikiran sekali gus datangkan balik mengantuk tu.

Contoh, mungkin anda boleh tambah lagi hiasan untuk menaikkan mood rasa tenang dan memudahkan untuk tidur.

Kesannya tidak terlalu cepat, tapi dengan cara ini mungkin anda mampu mulakan balik gaya hidup yang sihat dengan cara tidur awal.

Artikel Lain