suria

Aduh... sensasi kesemutan zakar bagai ditusuk jarum tumpul, lelaki wajib ambil tahu 7 puncanya!

Terdapat pelbagai sebab zakar mengalami sensasi kesemutan.

BAGI seorang lelaki, zakar dengan sensasi kesemutan adalah keadaan yang sangat menggangu. Rasa tidak selesa pada bahagian vital ini boleh menyebabkan rasa seperti ditusuk jarum tumpul, panas dan rasa tak selesa.

Kemungkinan keadaan ini berlaku biasanya disebabkan oleh masalah aliran darah namun ia juga boleh disebabkan perkara lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Zakar tiba-tiba mengecil... Jika anda alami 5 situasi ini, ia mungkin penyebabnya!

Berikut adalah beberapa kemungkinan sekiranya zakar mengalami sensasi kesemutan.

1. Masalah alirah darah

Penyebab zakar kesemutan biasanya disebabkan aliran darah yang tidak lancar. Keadaan ini biasanya dipengaruhi oleh penggunaan seluar dalam yang ketat atau duduk dalam satu posisi yang lama.

Lelaki yang menunggang motosikal atau basikal dalam tempoh yang lama biasanya lebih mudah mengalami masalah ini.

2. Gangguan saraf

Segala jenis gangguan saraf boleh menyebabkan gejala kesemutan rasa rasa kebas termasuk di bahagian zakat. Penghidap diabetes, lupus, multiple sclerosis, penyakit pembuluh darah dan kanser biasanya mengalami masalah saraf.

Selain kesemutan, gangguan saraf kadang-kala menyebabkan penghidapnya merasakan rasa sakit di bahagian zakar.

3. Penyakit peyronie

Penyakit peyronie juga boleh menyebabkan masalah kesemutan pada kemaluan lelaki. Penyakit ini biasanya disebabkan keadaan zakar yang melengkung ketika ia menegang, kesemutan, rasa kebas dan sakit.

Penyakit itu disebabkan penumpukan jaringan parut yang menghalangi aliran darah ke zakar. Kesemutan bukan satu-satunya masalah dihadapi pesakit tetapi lelaki sukar mengadakan hubungan seks dan mengalami masalah disfungsi ereksi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

4. Elergi

Kesemutan pada zakar juga boleh jadi tanda kulit di sekitar kemaluan elergi terhadap sabun, losyen, jenis fabrik dan sebagainya. Dalam sesetengah kes, ruam juga akan muncul.

5. Batu karang

Zakar kesemutan juga dapat menjadi tanda penyakit batu karang. Bermula dengan kesemutan, gejala penyakit ini akan berkembang menjadi rasa sakit seperti ditusuk-tusuk ketika batu karang ingin keluar.

Penyakit ini tidak boleh dibiarkan kerana jika batu karang membesar, pesakit boleh mengalami jangkitan buah pinggang. Atas sebab itu, lelaki yang sering mengalami sensasi kesemutan pada zakar perlu berjumpa doktor kerana ia masalah itu bukan hanya disebabkan masalah aliran darah.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain