suria

Makanan penyebab emosi terganggu... ramai tak tahu kan?

Ramai yang tidak sedar bahawa makanan diantara punya emosi anda sering terganggu.

PERNAH tak anda berasa gembira dan tenang bila dapat makan makanan yang anda suka?

Ramai yang tidak tahu bahawa makanan bukan sahaja dapat mempengaruhi kesihatan anda, malah ia juga akan memberi kesan pada ‘mood’ anda setelah makan.

ARTIKEL BERKAITAN: Aduh... sensasi kesemutan zakar bagai ditusuk jarum tumpul, lelaki wajib ambil tahu 7 puncanya!

Menurut pakar diet dari Amerika Syarikat, Sarah Thomsen Ferreira menyatakan bahawa makanan dan nutrisi yang tertentu akan memberi tindak balas pada otak, secara tidak langsung ia akan mempengaruhi perasaan dan tindakan seseorang.

Cara Makanan Mempengaruhi Anda

Melalui petikan rancangan Healthy Food Healthy Mood, makanan dan minuman memberi kesan kepada tubuh badan sebanyak 70 peratus, manakala 30 peratus yang lain dipengaruhi dari sudut luaran seperti aktiviti beriadah, bersenam dan rehat yang cukup.

Makanan dapat mempengaruhi anda dalam dua cara itu secara langsung dan tidak langsung.

Secara langsung membawa maksud setiap nutrisi dalam makanan akan menentukan sama ada tubuh anda dalam keadaan segar atau tidak.

Oleh itu penting untuk memilih makanan yang baik dan mengawal kandungan minyak, gula dan garam dalam setiap hidangan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Berdasarkan ahli psikologi Tara De Thouras, di dalam otak manusia terdapat system ‘limbic’ yang berfungsi untuk mengawal emosi.

Ketika anda makan sesuatu yang tidak sihat, terdapat satu saraf yang dinamakan ‘amygdala’ (saraf pembentukan emosi pada otak) akan aktif dan menjadi tegang serta anda tidak akan berasa selesa kerana ia akan mempengaruhi emosi dan fikiran terganggu.

Lapar fizikal atau emosional?

Ramai diantara anda yang mengalami tekanan sewaktu pandemik. Apabila anda berada di bawah tekanan ia akan meningkatkan selera dan mencetuskan rasa lapar ‘emosional’.

Pengambilan gula dan karbohidrat akan mengeluarkan ‘dopamin’ kerana itu anda akan berasa lega apabila diambil secara berlebihan.

Mengawal tabiat makan emosional

Tiada fakta yang dapat menyatakan anda boleh bebas secara 100 peratus daripada tabiat makan emosional.

Kadangkala, anda tewas kerana sudah penat seharian bekerja namun terdapat cara untuk mengawal agar ia tidak menjadi.

• Tangani kebosanan

• Uruskan tekanan

• Periksa rasa lapar

• Makan snek yang sihat

Buatlah pilihan pemakanan yang bijak untuk menjadi kesihatan fizikal dan mental untuk keluarga anda bermula hari ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Artikel Berkaitan

Artikel Lain