suria

PSJ tak fikir panjang, air bersih lagi segar jadi pilihan... paling penting jimat elektrik, harga mampu milik! Anda bila lagi?

JIKSOO Ria ditawarkan pada harga mampu milik selain dilengkapi tiga tetapan suhu untuk memenuhi keperluan harian anda. Untuk makluman PSJ atau nama penuhnya Park Seo Jun (dalam gambar) dilantik sebagai duta SK magic bagi tahun 2021.

WALAUPUN hanya duduk di rumah, kesihatan perlu menjadi keutamaan ketika ini.

Perkara yang perlu diberi perhatian sudah tentunya air yang kita minum sepanjang masa. Jadi, pastinya air yang bersih dan berkualiti amat penting lebih-lebih lagi ketika dunia dilanda pandemik Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahukah anda ada apa dalam air diminum setiap hari? Kini tidak perlu bimbang lagi, SK magic kan ada...

Malah sepanjang tempoh ‘total lockdown’ berkuat kuasa di seluruh negara, orang ramai turut disaran mengamalkan kawalan kediri mesikpun berada di rumah dengan kerap mencuci tangan menggunakan sabun dan air bersih bagi membendung penularan wabak jangkitan yang boleh meragut nyawa itu..

Komited memenuhi keperluan dan permintaan air besih dalam kalangan penduduk negara ini, SK magic, jenama kelengkapan rumah terkemuka dari Korea Selatan menampilkan penulen air tanpa tangki keluaran terbaharunya yang mampu dimiliki semua!



SK magic sentiasa menggalakkan rakyat Malaysia untuk minum air bersih dan selamat sepanjang masa. Namun pembiakan dan pertumbuhan alga seperti (gambar diatas) mempunyai kemungkinan yang tinggi sedang menjejaskan kualiti air yang disalurkan ke rumah kita.

Produk terbaharu diberi nama JIKSOO Ria itu ditawarkan dengan harga pengenalan pada kadar sewaan serendah RM75 sebulan, seiring dengan komitmen syarikat tersebut dalam membudayakan gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia.

Menurut Pengarah Urusan SK magic Malaysia, Kim Kyung Won, pelancaran JIKSOO Ria pada harga mampu milik itu bertujuan menggalakkan rakyat di negara ini supaya menitikberatkan kualiti air minuman.

Sebagai peneraju produk penulenan air tanpa tangki, beliau berkata, SK magic mahu meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya minum air dari sumber air bertakung yang merupakan kolam pembiakan untuk bakteria dan alga yang biasa ditemui dalam penapis air bertangki.

“Kami sentiasa mencabar diri dan menginovasi demi mencari ikhtiar bagi memastikan setiap orang dapat menjalani gaya hidup sihat dan berkualiti.

“Dengan cabaran yang kita hadapi sejak setahun lalu, kami ingin memastikan rakyat Malaysia terus mengutamakan kesihatan dan menjaga diri dengan menjadikan minuman air bersih satu amalan yang mampu dimiliki.



Kim Kyung Won, Pengarah Urusan SK magic Malaysia melancarkan JIKSOO Ria, penulen air tanpa tangki terbaharu keluaran SK magic di ibu negara baru-baru ini.

JIKSOO Ria turut dilengkapi sistem penapisan teknologi nano yang inovatif dan sistem pensterilan UV tab air yang mampu menapis virus, bakteria, mikroplastik serta logam berat, di samping membolehkan mineral-mineral penting kekal untuk keperluan tubuh badan manusia.

JIKSOO Ria dilengkapi ciri-ciri keselamatan untuk kanak-kanak dan mempunyai tiga tetapan suhu untuk memenuhi keperluan pengguna.

Beliau berkata JIKSOO Ria berupaya menyediakan air yang ditapis dalam tiga tetapan suhu (sejuk, suhu persekitaran, panas) dengan segera menerusi sistem pemanasan dan penyejukan segera yang canggih.

Reka bentuk estetik yang anggun lagi minimalis bukan sahaja membolehkan ia berpadan dengan ruang kehidupan bandar yang agak terhad, tetapi juga tampil sebagai sebahagian daripada hiasan rumah anda.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Lebih menarik JIKSOO Ria juga jimat elektrik iaitu hanya menggunakan 730Wh sahaja setiap hari bersamaan dengan 16 sen setiap hari dan RM5 sebulan dalam bil elektrik.



JIKSOO Ria turut dilengkapi sistem penapisan teknologi nano dan sistem pensterilan UV untuk memastikan air yang diminum sentiasa segar dan berada di tahap kebersihan yang optimum.

Malah katanya lagi, kelebihan teknologi tersebut sekaligus mengukuhkan kedudukan JIKSOO Ria sebagai pilihan utama penulen air mampu milik di pasaran.

Menariknya, JIKSOO Ria sudah berada di pasaran dan ditawarkan dalam bentuk sewaan serendah RM75 sebulan dengan perkhidmatan penyelenggaraan setiap dua bulan.

Berbaloi bukan? Bukan saja harganya yang mampu milik tetapi anda juga dapat menikmati air bersih dan berkualiti tanpa rasa sangsi!

Bukan itu sahaja, lihat promosi ‘Stay Home Stay Safe’ yang terdiri daripada rangkaian produk premium SK magic, termasuk penulen air JIKSOO Rapi dan JIKSOO Mini serta penulen udara Air Top dan Air Motion (selagi stok masih ada).

Untuk maklumat lebih lanjut sila layari laman web SK Magic.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain