suria

Amalan cuci tangan memang bagus, ketahui kesan sampingan kerap guna hand sanitizer

SEJAK hampir dua tahun lalu, populariti pencuci sanitasi tangan atau hand sanitizer meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Produk pembersih tangan ini dapat membunuh kuman di tangan sekali gus membantu menghalang penyebaran penyakit menular seperti wabak Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Makan tapi kurang rasa mungkin ada kaitan dengan kesihatan mulut! Ketahui cara dan manfaat amalan gosok lidah

Hand sanitizer terbukti bermanfaat dalam membunuh kuman tetapi penggunaannya yang kerap membuatkan kita tertanya adakah ia akan memberi kesan sampingan.

Oleh itu, pakar kesihatan menyarankan kita mencuci tangan menggunakan sabun dan air lebih kerap serta menggunakan hand sanitizer ketika perlu.

Berikut adalah beberapa kesan sampingan yang mungkin tidak diketahui sepanjang menggunakan pencuci sanitasi tangan.

1. Kulit kering

Alkohol adalah antiseptik yang efektif membunuh bakteria dan virus pada permukaan organik namun ia juga dapat menyebabkan kulit kering.

Ameerican Academy of Dermatology Association (AAD) mengatakan kulit yang kering sebenarnya lebih meningkatkan peluang penularan kuman.

2. Masalah ekzema

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Jika seseorang mempunyai masalah ekzema, hand sanitizer dapat memburukkan keadaan. Ini disebabkan bahan kimia yang ada di dalamnya.

3. Dapat mempengaruhi hormon

Ada sesetengah pembersih tangan mengandungi bahan yang disebut triclosan. Menurut US Food and Drug Administration (FDA), triclosan berfungsi untuk membunuh bakteria, dan telah digunakan dalam produk seperti ubat gigi dan sabun mandi.

Namun beberapa kajian menunjukkan bahawa pendedahan terhadap triclosan yang kerap dapat mengganggu peredaran hormon dan mampu memberi impak kepada kesuburan.

4. Ketahanan bakteria dalam antibiotik

Food and Drug Administration US (FDA) mengatakan triclosan bertujuan untuk membunuh bakteria tetapi penggunaan bahan ini secara berlebihan dapat menyumbang kepada peningkatan ketahanan bakteria dalam antibiotik.

Sebuah kajian mendapati terdapat rintangan pada antibiotik dalam penggunaan triclosan namun puncanya masih belum diketahui.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain