suria

Jika biasa guna aluminium foil untuk simpan makanan, apa kata beralih kepada bekas kedap udara... Ini sebabnya

Penggunaan aluminium foil untuk menutup makanan merbahaya kepada kesihatan.

MENYIMPAN makanan di dalam peti sejuk mampu bertahan sehingga empat hari jika ia dilakukan dengan cara yang betul.

Ramai menggunakan aluminium foil untuk menutup bekas atau mangkuk sebelum menyimpannya di dalam peti sejuk.

Kaedah itu memang praktikal namun ia sebenarnya berbahaya kepada kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Betul ke telur itik lebih berkhasiat berbanding telur ayam? Ini penjelasannya

Beberapa bakteria yang menyebabkan keracunan makanan seperti Staph dan Bacillus Cereus akan menghasilkan racun yang tidak dapat dimusnahkan oleh suhu tinggi ketika memasak.

Penggunaan aluminium foil untuk menutup makanan memang praktikal tetapi ada keburukannya.

Atas sebab itu, ia mampu membiak walaupun makanan panas yang ditinggalkan di tempat terbuka dalam suhu bilik lebih daripada dua jam membolehkan bakteria tumbuh dengan subur tanpa kita sedari.

Menggunakan aluminium foil untuk menutup makanan akan menimbulkan risiko sama kerana ia tidak mampu menutup makanan dengan rapat dan kedap udara.

"Membiarkan udara masuk sama dengan membiarkan bakteria tumbuh dengan lebih cepat. Jadi sebaiknya gunakan bekas dengan penutup kedap udara agar makanan lebih tahan lama," kata Pakar Pemakanan Lindsay Malone.

Jadi sebaiknya kata Lindsay, pastikan menyimpan makanan dalam tempoh dua jam sebelum bakteria mempunyai waktu untuk berkembang dalam makanan tersebut.

"Produk tenusu dan daging adalah paling mudah untuk menjadi tumpuan bakteria membiak. Jadi amat penting untuk menggunakan bekas kedap udara untuk menyimpan makanan berbanding aluminium foil," ujarnya.

Aluminium Foil, Makanan, Bakteria, Racun

Artikel Berkaitan

Artikel Lain