suria

Diet IU boleh hilangkan 5kg seminggu tapi awas bahayanya!

Penyanyi dan pelakon Lee Ji-eun atau IU yang mempopularkan diet IU.

DIET IU semakin mendapat perhatian terutamanya dalam kalangan peminat K-pop selepas ia dipopularkan oleh pelakon dan penyanyi, Lee Ji-eun atau IU.

Regim diet ini bagaimanapun sangat ekstrem dalam pelbagai aspek termasuk menu, kesan pada tubuh sehingga hasil penurunan berat badan.

Mana tidaknya, dalam sehari, diet IU hanya membenarkan sarapan dengan sebiji epal, dua biji ubi untuk menu makan tengahari, selain segelas susu protein ketika makan malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan teruk amal diet! 7 hasil kajian menunjukkan golongan ini berisiko alami masalah kesunyian

Bagi mendapat kesan maksimum, diet ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya tiga hari hingga seminggu.

Lee Ji-eun sendiri berjaya menurunkan berat badannya sehingga lima kilogram dapat tempoh tujuh hari ketika mengamalkan diet itu.

Penurunan berat badan secara drastik itu sebenarnya bukanlah satu keajaiban, sebaliknya ia disebabkan total kalori yang diterima tubuh sehari adalah sekitar 500 sahaja.

Pemakanan seimbang dan senaman kerap dapat membantu anda menguruskan badan. 

Sedangkan seorang wanita dewasa pada umumnya memerlukan di antara 1,500 hingga 3,000 kalori sehari.

Pakar pemakanan menyatakan diet IU ini hanya boleh dilakukan pada jangka waktu pendek kerana sekiranya dibuat secara berterusan, ia boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh.

Ini kerana perbezaan diet dengan defisit kalori terlalu jauh berbanding keperluan badan boleh mengundang masalah lain.

Lee Ji-eun sendiri mengakui hanya melakukan diet ini untuk keperluan penggambaran atau terlibat dalam persembahan bagi kelihatan langsing di televisyen.

Malah pelakon Hotel De Luna itu mengakui melalui pengalaman yang sangat menyeksakan sepanjang melakukan diet itu.

Kenapa ia berbahaya?

Mengurangkan saiz hidangan yang mengandungi karbohidrat ketika berdiet memang sangat disarankan, namun perubahan drastik dalam pola pemakanan akan mengubah metabolisme anda kerana karbohidrat adalah sumber tenaga yang diperlukan badan manusia.

Dalam jangka pendek, kekurangan karbohidrat akan menunjukkan beberapa gejala seperti pening kepala, mual, dehidrasi, lesu, hilang selera makan dan nafas berbau.

Pengambilan protein dalam diet sangat penting. 

Jika anda melakukan diet IU dalam tempoh jangka panjang, kekurangan karbohidrat pada tubuh dapat membawa kesan lebih teruk termasuk berat badan yoyo (naik-turun drastik), masalah pencernaan, kolestrol tinggi, penyakit berkaitan buah pinggang dan osteoporosis.

Perkara lain yang perlu dipertimbangkan ketika melakukan diet IU adalah kurangnya protein di dalam badan memandangkan satu-satunya sumber adalah melalui susu protein.

Protein sangat penting bagi pembentukan otot, kulit, enzim dan hormon dalam tubuh badan manusia.

Ketika pola pemakanan anda salah sehingga mengalami kekurangan protein, pelbagai masalah boleh terjadi seperti bengkak pada tubuh tertentu seperti perut.

Itu tidak termasuk lemak akan berkumpul pada hati, pengurangan otot dan merosak kepadatan tulang termasuk menyebabkan nafsu makan anda mendadak.

Sebaiknya berjumplah dengan doktor atau pakar pemakanan sebelum mengamalkan sesuatu diet.

Diet, IU, Protein, Lee Ji-eun

Artikel Lain