suria

Lebih 10 tahun ketagih makan bedak bayi, kini wanita 5 anak ini terpaksa dirawat pakar

Dua hari adalah tempoh paling lama Lisa tidak menjamah bedak bayi dan ia dianggap saat terburuk dalam hidupnya.

LISA Anderson, wanita berbangsa Inggeris secara sembunyi mempunyai tabiat pelik memakan bedak bayi da amalan itu berlarutan sejak lebih 10 tahun lalu.

Memang tidak ada yang tahu mengenainya sehinggalah bekas kekasihnya terserempak dia memakan bedak itu.

Akibatnya, wanita berasal dari Paignton, Devonshire itu perlu mendapatkan bantuan pakar untuk menangani ketagihannya itu.

Lisa mengakui, pada awalnya dia mengalami depresi dan begitu mudah cemas. Walaupun diagnos rasmi belum diumumkan, wanita berusia 44 tahun ini disyaki mengalami masala pica.

Pica adalah masalah gangguan makanan yang dikaitkan dengan perlakuan yang tidak sepatutnya, iaitu keinginan memakan sesuatu yang sebenarnya bukan untuk dijamah.

Kata Lisa, amalan peliknya bermula sebaik melahirkan anak lelaki kelimanya kira-kira 15 tahun lalu.

Antara gelaja penyakit itu adalah memakan sesuatu yang bukan makanan secara terus menerus, kotoran, rambut, logam, kerikil, abu dan tanah liat.

Malahan, laporan NationalEatingDisorders.org, antara lain memaklumkan antara risiko yang boleh dialami adalah gangguan mental seperti skizofrenia, autisme serta anemia, selain masalah kekurangan zat makanan.

Lisa akan menjamah bedak setiap 30 minit sehari.

Lisa juga mendedahkan, dia membelanjakan antara AS$13 (kira-kira RM53) seminggu untuk membeli bedak bayi kegemarannya.

"Saya sentiasa ada bekalan bedak bayi itu di rumah untuk kegunaan anak-anak, sehinggalah pada satu hari ketika di bilik mandi, baunya begitu mengancam sekal.

"Ada sedikit bedak yang terkeluar dari bahagian atas botol dan tiba-tiba saya teringin mahu memakannya dan hasrat itu tidak dapat dilawan lagi.

"Saya hanya menjilatnya dari tangan dan benar-benar menikmatinya," demikian akui Lisa.

Sejak saat itu, Lisa mula ketagihan bedak bayi dan perlu merasainya setiap 30 minit.

Bagaimanapun, jika berada di tempat awam, Lisa akan mengunyah gula-gula getah pudina bagi mengurangkan ketagihan kepada bedak bayi.

"Paling lama saya tidak menjamah bedak bayi adalah selama dua hari dan ia bagaikan saat paling buruk dalam hidup saya," katanya.- kompas.com






bedak bayi, Lisa Anderson

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Pemain EPL ditahan atas 2 dakwaan rogol