Rebut pahala puasa, baca surah Al-Ikhlas 1,000 kali antara amalan Hari Asyura - Ad-din | mStar

Rebut pahala puasa, baca surah Al-Ikhlas 1,000 kali antara amalan Hari Asyura

Umat Islam digalakkan untuk berpuasa dan mengamalkan amalan sunat lain pada Hari Asyura kerana terdapat pelbagai keistimewaannya.

UMAT Islam baru sahaja menyambut tahun baharu ataupun disebut Maal Hijrah minggu lalu. 

Tanggal 1 Muharam, permulaan kepada tahun baharu merupakan peristiwa yang penting dalam takwim Hijrah, di mana pada tarikh inilah Nabi Muhammad SAW berhijrah dari kota Makkah ke kota Madinah pada 622 Masihi. 

Jika awal Muharam dicatat sebagai antara hari terpenting, terdapat beberapa lagi hari penting dalam bulan ini yang wajib diambil tahu, iaitu 9 dan 10 Muharam, atau disebut juga Hari Asyura.

ARTIKEL BERKAITAN: Rebutlah ganjaran berlipat ganda pada 10 hari terawal Zulhijah

ARTIKEL BERKAITAN: Dosa silam akan terhapus jika taubat diterima, maka berhijrahlah

Umat Islam digalakkan untuk berpuasa pada Hari Asyura kerana terdapat pelbagai keistimewaannya. 

Antara amalan sunat pada hari Asyura adalah membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali.

Antara nas yang menceritakan kelebihan berpuasa pada 10 Muharam ini secara khusus adalah sebuah riwayat daripada Abu Qatadah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

Berpuasa pada hari Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya'. (Riwayat Ibn Majah)  

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, untuk menyempurnakan puasa Hari Asyura adalah dengan berpuasa sehari sebelum dan sehari selepas 10 Muharam, namun dibolehkan untuk berpuasa pada 9 dan 10 Muharam, atau pada 10 Muharam secara tunggal. 

Selain itu, umat Islam juga digalakkan mengamalkan beberapa perkara sunat lain pada Hari Asyura.

1) Berpuasa Hari Asyura

2) Solat sunat

3) Memanjangkan tali silaturrahim

4) Memakai celak

5) Mengusap kepala anak yatim

6) Melapangkan masa untuk keluarga

7) Bersedekah

8) Memotong kuku

9) Mandi sunat

10) Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali

hari asyura , sunat , muharram

Artikel Berkaitan

Artikel Lain