suria

Peniaga tak kedekut kongsi resipi ‘laku keras’ ayam tumis Thai... Senang masak makan sekeluarga

Ayam tumis Thai (foto kanan) merupakan menu paling laris dijual oleh seorang peniaga.

MEMINTA resipi daripada peniaga merupakan satu hal yang tidak munasabah.

Lebih-lebih lagi sekiranya kita meminta secara percuma daripada mereka yang berniaga dengan resipi tersebut.

Berbeza pula dengan seorang peniaga makanan ini apabila dia tidak lokek berkongsi cara penyediaan lauk ayam tumis Thai yang dijual.

Katanya menu tersebut merupakan antara pilihan paling laku keras dan mendapat tempat di hati pelanggan.

Tuhau fried chicken - where the chicken is marinated with a wild ginger native to Sabah – one of the recipes shared in Ropuhan Di Tanak Wagu’s channels

Ketepikan ayam selepas digoreng separuh masak.

Bahan-bahan disediakan

1. Lada hidup

2. Cili api

3. Kunyit hidup

4. Bawang putih

5. Serbuk kunyit

6. Garam

7. Daun limau purut

8. Serai

9. Sos tiram

10. Sos tomato

11. Penambah perasa

12. Gula

13. Bawang holland

Menu ayam yang dijual biasanya antara masakan yang paling laris dijual peniaga makanan. -Gambar hiasan

Cara-cara penyediaan:

1. Gaul ayam bersama kunyit dan garam dan goreng separuh masak.

2. Kisar semua sehingga lumat.

3. Tumis semua bahan sehingga naik bau.

4. Masukkan daun limau purut dan serai yang diketuk.

5. Selepas bahan tumis pecah minyak, masukkan sos tomato dan sos tiram.

6. Masukkan garam, gula dan penambah perasa mengikut keinginan masing-masing.

7. Bawang holland dan lada hidup boleh ditaburkan sebagai hiasan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain