suria

Teringin nak makan ais krim rasa premium? Buat sendiri je, boleh letak macam-macam ikut selera

Adunan ais krim perlu dibekukan sebelum ia boleh dinikmati.

TIDAK dinafikan kebanyakan ais krim berjenama mewah mempunyai rasa premium dan digilai ramai.

Walaupun dijual dengan harga yang mahal namun ia tidak membataskan peminat ais krim untuk mendapatkannya.

Namun tahukah anda, kita juga boleh menghasilkan ais krim berperisa premium tapi dengan harga bajet di rumah?

Pemilik akaun Facebook Dapur MK berkongsi cara untuk recreate atau menghasilkan ais krim daripada salah satu jenama terkenal.

Antara bahan yang digunakan untuk membuat ais krim sendiri.

Antara bahan-bahan yang diperlukan:

1. 1 tin susu cair

2. 1/4 tin sisi pekat (bergantung kepada kemanisan dimahukan)

3. 1 biji telur

4. Sedikit esen vanila

5. 1 sudu besar ovalett (emulsifier)

6. Perasa mengikut citarasa sendiri

Cara-cara penyediaan:

1. Campurkan susu cair, susu pekat, telur, ovalett dan esen vanila ke dalam bekas pengadun.

2. Putarkan semua bahan dalam masa 15 hingga 20 minit sehingga campuran menjadi satu krim (sebatian) pekat.

3. Campurkan perasa yang dimahukan sama ada strawberi, coklat atau vanila.

4. Kacau campuran krim sehingga sebati.

5. Masukkan ke dalam bekas dan sejukkan di dalam peti sejuk beku sehingga keras.

Kebetulan musim cuti sekolah sudah hampir bermula, apa kata jadikan ia sebagai aktiviti bersama keluarga.

Malah, kita juga pastinya berpuas hati apabila makanan lazat ini boleh dihidangkan pada tetamu yang berkunjung ke rumah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain