suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Awas kalau cuba resipi ikan rebus goreng dari Pantai Timur ini, sedar-sedar dah 3 kali tambah nasi!

Ikan selayang direbus dan digoreng sebelum dihidangkan.

IKAN rebus asam yang digoreng merupakan menu yang mudah disediakan dan sedap untuk dinikmati.

Ia merupakan hidangan ringkas yang cukup popular di Pantai Timur dan utara negara kita.

Kombinasi rasa masin dan masam, serta teksturnya yang rangup mampu membuatkan seseorang itu tidak sedar sudah makan dua hingga tiga pinggan nasi.

Penyediaan lauk ini juga sangat mudah seperti yang dikongsikan oleh Aisyah Humaira dalam satu hantaran di Facebook.

Ikan rebus perlu digoreng untuk lebih rangup.

Bahan-bahan untuk merebus ikan:

1. 7 ekor ikan selayang dicuci bersih

2. 4 keping asam keping

3. 3 sudu besar garam atau ikut kesesuaian rasa masin yang diingini

4. 1 inci gula melaka

5. 4 keping hirisan lengkuas

6. Periuk diisi air secukupnya

Ikan rebus goreng yang sudah ditambah bawang dan cili padi.

Cara-cara rebus ikan:

1. Masukkan ikan dan semua bahan dalam periuk

2. Sukatan air perlu ditambah sekiranya ikan tidak tenggelam

3. Tutup periuk dan reneh ikan dengan api perlahan sehingga hampir kering

4. Biarkan semalaman di dalam periuk untuk ikan meresap air rebusan.

Cara-cara menggoreng:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama cili padi.

2. Goreng ikan sehingga garing tanpa perlu menambah sebarang perasa atau tepung.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain