Dekorasi Barang Terpakai Tarikan Decowboy Cafe

Decowboy Cafe terletak di Wangsa Maju ini menyanyikan makanan barat sebagai tarikan kepada pengunjung.

SEGMEN Dhia Datang kali ini singgah ke sebuah restoran ala 'koboi' di Wangsa Maju di ibu negara yang baru dibuka 8 Ogos lalu.

Menariknya, restoran Decowboy Cafe ini menggunakan pelbagai barangan terpakai seperti palet kayu, kepingan aluminium dan kotak, penyapu serta surat khabar sebagai dekorasi.

Pemilik restoran itu yang amat meminati filem 'koboi' mengambil konsep hiasan tersebut kerana ingin melakukan kelainan, tapi pada masa sama tidak melibatkan kos yang tinggi.

Kata Noorhazan Rashid, 45, barangan terpakai yang digunakannya bukan sahaja menjimatkan, malahan dianggap lebih mesra alam.

Sebagai contoh, Noorhazan menggunakan bulu penyapu sebagai rambut kuda dan palet kayu pula sebagai 'backdrop' untuk pejabat Sheriff yang cukup popular dalam filem-filem Hollywood.

Selain tema 'koboi', Decowboy Cafe turut mempamerkan dua figura yang menjadi kesukaan penggemar filem di negara ini iaitu Iron Man dan Scar daripada  Alien vs. Predator.

Nasi goreng seafood koboi.


Burger monster cowboy.

Dua figura itu turut menjadi sudut tarikan yang sesuai untuk pelanggan merakam gambar kenangan bersama keluarga dan kenalan.

Buat yang tertanya-tanya tentang makanan yang dihidangkan di Decowboy Cafe, restoran itu menyajikan makanan barat seperti nasi goreng seafood 'koboi', chicken grill, lamb chop, fish n chip dan burger monster cowboy.

Harga yang ditawarkan pula bermula dengan RM4 hingga RM18.50 sepinggan bergantung kepada menu.

Decowboy Cafe

Artikel Sebelum

Moh Berendam Di Lubuk Timah!

Artikel Berikut

Tak Susah Bawa OKU Melancong!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain