suria

Wow! Kenali 5 pemain Harimau Malaya paling 'hot'

Beberapa pemain Harimau Malaya mencuri 'hati' peminat-peminat bola sepak wanita tempatan.
SUKAN bola sepak tidak dinafikan menjadi acara pilihan utama bagi peminat-peminat sukan negara.

Umumnya sedar bahawa aksi mantap di padang membuatkan pemain-pemain bola sepak negara sering menjadi sebutan.

Namun menariknya, perhatian kepada sesetengah pemain bukan hanya tertumpu  dipadang sahaja, tetapi penampilan di luar arena antara tarikan kepada peminat bola sepak tanah air.

Jom kenali lima pemain-pemain terkini yang selalu meniti di bibir peminat-peminat Harimau Malaya:

1. Matthew Davies

Matthew antara pemain yang memiliki wajah tampan. Foto kredit: Instagram


Pemain dibahagian pertahanan yang kelihatan sentiasa tenang menyekat pihak lawan.

Pemain berdarah campuran Malaysia-Australia berusia 24 tahun ini  mula mewakili negara pada 2015.

Sebelum ini dia merupakan pemain Bawah 19 Tahun Australia dan pulang ke Malaysia untuk beraksi bersama pasukan Pahang.

Seorang pemain yang dianggap ‘macho’ dan mempunyai lebih 152,000 pengikut di Instagram.

2. Safawi Rasid
Safawi antara pemain yang sentiasa diburu kontroversi cinta dengan selebriti. Foto kredit: Instagram

Antara pemain muda berprofil tinggi dalam skuad negara.

Kerjayanya sebagai pemain profesional semakin menyerlah sepanjang bergelar pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pemain kelahiran Dungun, Terengganu yang berusia 22 tahun ini juga pernah dinamakan antara penyerang terbaik di Asia.

Selain menjadi tonggak utama dalam skuad Harimau Malaya, Safawi juga merupakan pemain Bawah 23 Tahun.

Safawi antara pemain yang sentiasa menjadi perhatian bukan sahaja di padang, malah turut dikaitkan dengan beberapa artis tempatan.

3.Lavere Corbin-Ong

Corbin-Ong antara pemain 'stylo' yang menjadi perhatian peminat bola sepak tempatan. Foto kredit: Instagram


Gaya rambutnya yang berbeza daripada pemain bola sepak tempatan yang lain menjadikan Carbin-Ong mudah mendapat tempat di hati peminat tempatan.

Pemain berdarah kacukan Malaysia-Kanada berusia 28 tahun ini mula mewakili negara pada 2018.

Dia pernah beraksi bersama pasukan kebangsaan Kanada sekitar 2017.

Selepas itu pemain pertahanan ini dipanggil menyertai skuad JDT sehingga kini.

Dianggap antara pemain bola sepak yang ‘stylo’ dengan jumlah pengikut di Instagram lebih 30,000.

4. Brendan Gan

Brendan kembali menghangatkan skuad kebangsaan selepas tiga tahun diketepikan kerana kecederaan.


Pemain berusia 31 tahun ini kembali menjadi perhatian dalam skuad Harimau Malaya setelah sekian lama tidak dipanggil kerana kecederaan.

Pemain tengah berdarah kacukan Malaysia-Australia ini antara tonggak utama dalam pasukan Perak.

Sebelum ini kelibatnya bersama pasukan Sabah dan Kelantan.

Brendan antara pemain tampan yang menjadi perhatian bukan sahaja di luar padang, malah gerak langkahnya sentiasa dijeling peminat bola sepak wanita.

Selepas tiga tahun tidak menyarung jersi negara, kini nama Brendan kembali diseru di atas padang.

5. Muhammad Syafiq Ahmad

Aksi Syafiq sentiasa menjadi perhatian. 


Penyerang kelahiran Kedah yang melebarkan kariernya bersama JDT kini dianggap antara pemain penting dalam skuad negara.

Namanya tidak asing lagi bagi peminat bola sepak tempatan memandangkan dia merupakan pemain prolifik negara yang sentiasa cuba merakam gol dalam setiap perlawanan penting.

Terbaharu dia antara penyumbang gol tunggal negara ketika aksi Malaysia menentang UAE minggu lalu bagi saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Dua tahun lalu, Syafiq berkongsi rahsia ingin mencuba nasib dalam bidang lakonan sekiranya diberi peluang.

Pemain Hot, Harimau Malaya

Artikel Lain