Siapa 4 pemain bola sepak catat nilai perpindahan tertinggi sejak liga 2019 bermula? - Personaliti Sukan | mStar

Siapa 4 pemain bola sepak catat nilai perpindahan tertinggi sejak liga 2019 bermula?

Felix pemain muda paling mahal musim liga 2019.

PEMINAT-peminat bola sepak dunia pastinya tidak terlepas untuk mengetahui siapa pemain paling mahal setelah jendela perpindahan pemain di England dan Eropah ditutup selepas musim liga bermula empat minggu lalu.

Lebih menarik gelaran pemain paling mahal setakat ini bukan seperti yang diharapkan peminat-peminat bola sepak kerana tidak melibatkan beberapa pemain  berprofil tinggi dunia.

Sebaliknya kelab gergasi bola sepak dunia dilihat sanggup mengeluarkan belanja besar untuk mendapatkan pemain-pemain muda.

Setakat ini bagi musim 2019/2020, hanya empat pemain disenaraikan paling mahal dan mereka adalah:

1. Joao Felix

Felix,19, bermain di posisi penyerang sudah mecipta beberapa profil tertinggi di kelab-kelab Eropah. Dia diletakkan klausa tersendiri di kelabnya Benfica dengan harga 120 juta paun (RM619 juta) sekaligus menjadi pemain paling mahal setakat ini.

Pemain ini turut diintai beberapa kelab gergasi dunia termasuk Real Madrid, Manchester City, dan  Manchester United.

Dengan 15 ledakan gol serta sembilan kali sebagai pembantu gol bersama Benfica pastinya nama Felix terus menjadi sebutan lebih-lebih lagi turut mencipta jaringan ketika aksi Liga Europa bertemu kelab Jerman Eintracht sebelum ini.


2. Eden Hazard

Hazard antara pemain paling mahal tahun ini dengan perpindahan Real Madrid.

Pemain antarabangsa Belgium ini menyertai Chelsea selepas lima tahun bersama Lille dengan nilai perpindahan 32 juta paun pada 2012.

Sepanjang di Stamford Bridge, Hazard turut membantu negaranya dalam aksi Piala Dunia 2019.

Biarpun menjadi salah seorang ‘ayam tambatan’ ketika bersama Chelsea pemain berusia 28 tahun ini berjaya mencapai niatnya untuk beraksi dengan Real Madrid musim ini dengan nilai perpindahan 100 juta euro (RM461 juta).


2. Lucas Hernandez

Pemain kelahiran Perancis ini merupakan generasi kedua bola sepak profesional selepas ayahnya pernah beraksi untuk Olympique Marseille.



Hernandez berpindah ke Bayern Munich dari Atletico Madrid.

Dia bersama keluarga berpindah ke Sepanyol pada usia empat tahun dan mula bermain bola sepak pada usia lima tahun.

Kemudiannya, ketika menjangkau usia 11 tahun Hernandez menyertai akademi Atletico Madrid sehingga berjaya menempatkan diri dalam skuad utama pada 2014.

Selepas mencatat 100 penampan dalam aksi kompetitif, dia dipanggil menyertai pasukan Sepanyol untuk Piala Dunia tahun lalu.

Pemain pertahanan berusia 23 tahun ini meninggalkan kelabnya untuk bersama Bayern Munich musim ini dengan rekod perpindahan 80 juta euro (RM369 juta).

3. Frenkie de Jong

Pemain Belanda, De Jong salah seorang pemain tengah yang mendapat perhatian dengan kelebihan teknik menghantar bola, menggelecek, pengawalan bola yang bagus dan bijak mencuri peluang dalam setiap perlawanan.

Dia mula membuat penampilan pertama bersama Willem II pada 2015, namun dilepaskan kelab dengan hanya sejuta euro selepas setahun. 

De Jong dipancing Barcelona musim ini.

Selepas menyertai Ajax, dia mula menampakkan bakatnya sehingga digelar pemain muda terbaik ketika itu.

Musim ini De Jong, 22, mengikat kontrak bersama Barcelona dengan nilai perpindahan sebanyak 75 juta euro (RM346 juta).





Felix , Hazard , Eropah

Artikel Lain