suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Baling gula-gula getah ke arah penonton... Isteri Lionel Messi tegur tindakan anak

Mateo dilihat cuba membaling gula-gula getah ke arah penonton.

MESKIPUN isteri kepada bintang bola sepak ternama Lionel Messi, Antonela tidak teragak-agak menegur sikap kurang sopan anaknya di khalayak ramai.

Ia berikutan anak keduanya itu, Mateo, 7, dilihat membaling gula-gula getah ke arah peminat ketika Argentina menewaskan Australia 2-1.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Ratu Cantik Croatia tampil seksi di Piala Dunia, Pak Arab kantoi sakan ambil gambar

Pada masa tersebut, dia bersama tiga anaknya itu berada di tempat penonton bagi menyaksikan perlawanan Piala Dunia FIFA Qatar 2022.

Tindakan pantas yang dilakukan Antonela berjaya menghalang telatah Mateo yang pastinya akan merosakkan imej Messi.

Pun begitu, Messi gembira kerana anak-anaknya berada bersama di stadium dan menyaksikan perlawanannya.

Malah dia turut menghargai pencapaian yang diperoleh pada usia 35 tahun. - The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain