suria

Bekas Ratu Cantik Croatia tampil seksi di Piala Dunia, Pak Arab kantoi sakan ambil gambar

Penonton mengambil Ivana di stadium. foto instagram

BEKAS Ratu Cantik Croatia, Ivana Kroll, mendapat gelaran penyokong Piala Dunia 'terhangat' kerana penampilannya yang mencolok mata.

Model kelahiran Jerman yang berumur 30 tahun itu berkunjung ke Qatar untuk menyokong pasukan kebangsaan Croatia dalam saingan Piala Dunia 2022.

Pemakaian baju yang begitu seksi itu menyebabkan ramai penyokong beralih tumpuan kepada Ivana.

Malah terdapat penyokong yang sempat mengambil gambar Ivana secara senyap-senyap sebagai 'kenang-kenangan'.

Dalam hantaran terbaru di Instagram miliknya, Ivana memasukkan gambar penyokong-penyokong yang sedang memperhatikannya

Hantaran itu bersempena dengan akaun Instagram miliknya mencecah satu juta pengikut.

"1,000,000 pengikut, terima kasih banyak di atas sokongan yang diberikan. Sayang semua," tulisnya di ruangan kapsyen.

Warga maya cekap untuk membuat komen jenaka mengenai mereka yang sedang memerhati Ivana dari belakang.

"Memang kantoi lelaki tu. Isteri dekat rumah tengah tunggu dengan tukul, balik rumah nanti memang habis la," kata seorang netizen.

Bagaimanapun, ini bukan pertama kali Ivana berpakaian seksi di khalayak ramai, sebelum ini juga dia telah beberapa kali menjadi berita kerana penampilannya itu.

Segelintir pengikut yang menyelar Ivana kerana tidak menghormati Qatar sebagai negara Islam yang merupakan tuan rumah Piala Dunia 2022. - The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain