suria

Messi diancam gara-gara tuduhan tak hormat jersi Mexico, Mike Tyson janji beri perlindungan

Messi terima ancaman selepas dakwaan tak hormat jersi Mexico.

BARU-BARU ini raja tinju dunia Canelo Alvarez telah mengugut Lionel Messi kerana mendakwa tonggak utama pasukan Argentina itu tidak menghormati bendera Mexico.

Dalam satu video tular, ia memaparkan Messi seolah-olah membersihkan lantai menggunakan jersi Mexico ketika rakan sepasukannya sedang meraikan kejayaan dalam bilik persalinan

Namun begitu, Messi tidak perlu risau kerana dia mendapat perlindungan dari bekas juara tinju kelas Heavyweight, Mike Tyson.

"Ada yang beritahu saya Canelo memberikan ancaman kepada Messi.

"Jika Canelo berani sentuh Messi, saya akan terpaksa untuk kembali semula ke gelanggang," kata Mike Tyson.

Rasa keterujaan untuk melihat Mike Tyson beraksi semula mungkin tidak akan menjadi realiti kerana Canelo Alvarez telah pun memohon maaf kepada Messi secara terbuka.

"Sejak beberapa hari yang lalu, saya terlalu terbawa dengan rasa semangat kenegaraan dan membuat andaian yang melulu.

"Oleh itu, saya ingin memohon maaf kepada Messi dan rakyat Argentina secara keseluruhannya.

"Setiap hari kita belajar sesuatu yang baharu dan hari ini giliran saya pula untuk ambil pengajaran.

"Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada kedua-dua pasukan dan kami di sini akan terus menyokong Mexico sehingga ke penghujungya," kata Canelo Alvarez dalam ciapannya. - The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain