suria

Cristiano Ronaldo setuju perpindahan RM2.3 bilion ke Al-Nassr selepas Piala Dunia

Cristiano Ronaldo ketika ini sedang beraksi dalam Piala Dunia 2022.

CRISTIANO Ronaldo dilaporkan bersetuju untuk menyertai kelab Arab Saudi, Al-Nassr selepas Piala Dunia 2022 tamat.

Perpindahan itu dikatakan bernilai 432 juta euro (RM2.3 bilion) sekaligus menjadikannya perpindahan termahal dalam sejarah dunia bola sepak.

Ronaldo meninggalkan Manchester United selepas dia mengakui tidak mempunyai rasa hormat terhadap pengurus Erik ten Hag dan menuduh pihak pengurusan Manchester United tidak membawa sebarang penambahbaikan.

Ronaldo mempunyai baki tujuh bulan dalam kontrak bersama Manchester United yang bernilai 414,000 euro (RM1.9 juta) per minggu.

Kerana meninggalkan kelab secara mengejut, Manchester United tidak memberikan Ronaldo bayaran imbuhan.

Bintang portugal tersebut kini dalam perbincangan awal bersama kelab Arab Saudi itu.

Laporan dari Marca menyatakan Ronaldo ditawarkan kontrak dua tahun setengah bernilai 173 juta euro (RM806 juta) per musim bersama Al-Nassr. - MetroUK

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain