suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Minum air dari kasut peminat, peninju ini teruja rai kemenangan

Tuivasa meraikan kemenangan dengan minum air daripada kasut. foto Getty Images

BINTANG tinju Tai Tuivasa meraikan kemenangan Australia dengan meminum bir daripada kasut seorang peminat Ultimate Fighting Championship (UFC).

Pemain kategori 'heavyweight' itu berdepan dengan peninju Rusia, Sergei Pavlovich pada kad utama UFC di ESPN 42 selepas kekalahannya terhadap Ciryl Gane pada September.

Bekas bintang liga ragbi itu terkenal dengan menyambut kemenangan dengan cara meminum air daripada kasut.

Ia merupakan satu cara (trick) parti yang popular di Australia.

Tuivasa terpaksa meninggalkan sukan ragbi selepas ketagihan berjudi sehingga kerugian £11,800 (RM63,680) di kasino.

Digelar 'Bam Bam', Tuvasa mengubah haluan kerjaya kepada seni bela diri campuran (MMA), sekali gus mengejutkan banyak pihak dengan keputusan itu. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain