suria

Rumah bintang England, Raheem Sterling dipecah masuk ketika anak dan isteri ada di dalam

Sterling segera pulang ke pangkuan keluarganya setelah kejadian rompakan itu.

RAHEEM Sterling meningkatkan kawalan keselamatan ke atas rumahnya setelah perompak bersenjata menceroboh masuk.

Sterling bergegas pulang ke rumahnya berikutan isteri dan anak-anaknya sedang berada di dalam ketika kejadian.

Pihak polis tempatan akan membuat rondaan ke rumah Sterling sehingga lewat malam untuk memastikan kejadian sama tidak berulang.

Tunang Sterling, Paige Milian, 27, yang sedang berada di dalam rumah bersama dua orang anaknya segera menekan penggera untuk memanggil bantuan.

Perompak berkemungkinan berani untuk berbuat sedemikian kerana menyangka Sterling dan keluarganya sedang berada di Qatar untuk saingan Piala Dunia 2022.

Selepas kemenangan 3-0 pasukannya ke atas Senegal, Sterling meminta kebenaran untuk pulang awal.

Setakat ini masih belum dapat dipastikan adakah Sterling sempat kembali untuk beraksi dalam perlawanan menentang Perancis pada Ahad.

Pengurus England, Gareth Southgate mengatakan apa yang penting ketika ini adalah keluarga Sterling.

"Keutamaan diberikan kepada keluarganya.

"Kami akan memberikan sokongan kepadanya dan berikan sebanyak mungkin masa yang dia perlukan.

"Saya tak mahu letak terlampau banyak tekanan ke atasnya. Adakalanya bola sepak bukan segala-galanya, keluarga perlu didahulukan," kata Gareth Southgate. - The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain