suria

Tak hirau arahan polis, 2 peminat bola ditahan selepas pergaduhan di luar stadium

Pergaduhan antara peminat pasukan Kuala Lumpur dan Selangor FC di luar Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

DUA penyokong bola sepak ditahan berikutan pergaduhan di luar Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, polis telah bertindak terhadap pergaduhan antara peminat pasukan Kuala Lumpur dan Selangor FC pada pukul 12.30 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyokong Arsenal Bergaduh Sesama Sendiri

Ketika polis cuba menghentikan pergaduhan, dua suspek enggan mengendahkan arahan.

"Mereka ditangkap kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugasnya. Kedua-dua lelaki berusia 22 dan 23 tahun," katanya pada Sabtu.

Kedua-dua lelaki itu telah direman sehingga 7 Mac.

“Polis Cheras tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang.

“Kami menggesa orang ramai agar tidak terlibat dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang,” katanya. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain