suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selamba buat tawaran menerusi Twitter, McGregor luah hasrat beli pasukan Chelsea

McGregor membuat tawaran dengan nilai £1.5 bilion (RM8.29 bilion) untuk memiliki kelab itu.

PENINJU MMA Ireland, Conor McGregor menyatakan hasrat untuk membeli pasukan Chelsea daripada Roman Abramovich.

McGregor membuat tawaran dengan nilai £1.5 bilion (RM8.29 bilion) untuk memiliki kelab itu, lapor Kompas.

ARTIKEL BERKAITAN: Sah! Abramovich jual Chelsea, hapus hutang kelab RM8.4 bilion

McGregor membuat tawaran itu menerusi satu ciapan di Twitter.

“Saya dengan ini membuat tawaran £1.5 bilion,” tulis McGregor pada Sabtu.

Abramovich baru-baru ini mengesahkan kelab tersebut akan dijual dan menghapuskan hutang Chelsea dengannya sebanyak £1.5 bilion (RM8.4 bilion).

Dalam perkembangan yang mengejutkan pada Rabu malam itu, Mail Online melaporkan Abramovich mengesahkan beliau dalam proses menjual Chelsea.

Jelas beliau, hasil jualan prospektif itu akan disumbangkan kepada mangsa perang di Ukraine.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain