suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Legenda kriket Australia, Shane Warne meninggal dunia kerana serangan jantung

Shane Warne meninggal dunia pada usia 52 tahun, petang Jumaat.

LEGENDA kriket Australia, Shane Warne meninggal dunia pada usia 52 tahun, disyaki akibat serangan jantung.

Pihak pengurusan Warne mengeluarkan kenyataan ringkas pada petang Jumaat yang mengesahkan ikon kriket itu telah menghembuskan nafas terakhir di vilanya di Koh Samui, Thailand.

Bukan sahaja legenda di Australia, Warne dianggap sebagai salah seorang pemain kriket terbaik dalam sejarah sukan berkenaan.

Warne adalah sosok penting bagi salah satu pasukan terhebat dalam sejarah, dengan Australia mendominasi sukan itu sepanjang kariernya di peringkat antarabangsa selama 15 tahun.

Kenyataan daripada pengurusan Warne berbunyi: "Dengan rasa sedih kami memaklumkan Shane Keith Warne meninggal dunia kerana disyaki akibat serangan jantung.

"Walaupun usaha terbaik dilakukan kakitangan perubatan, dia tidak dapat bertahan. Keluarga memohon ruang privasi pada masa ini dan akan memberikan butiran lanjut dalam masa terdekat." - Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain