suria

Padah rasuah guna minuman keras, pasukan bola sepak digantung perlawanan

Perlawanan antara Caen dan Nimes Olympique pada May 2014 berakhir dengan seri 1-1.

SATU pasukan bola sepak Perancis digantung kerana merasuah lawan dengan menghantar minuman keras ketika separuh masa pertama perlawanan.

Difahamkan, perjanjian tersebut telah dibuat pada tahun 2014 antara Nimes Olympique dan Caen sekiranya mereka bertemu dalam perlawanan kedua terakhir pada musim ini.

ARTIKEL BERKAITAN: "No war please" - Rublev hantar mesej ringkas selepas kemenangannya

ARTIKEL BERKAITAN: Perang Rusia-Ukraine: Anak perempuan tidak setuju Abramovich diharamkan memiliki Chelsea

Ia berikutan, Nimes berada di senarai terakhir dalam jadual Liga 2, manakala Caen berada dikedudukan terbaik untuk ke Liga 1.

Menurut L'Equipe, kira-kira 48 jam sebelum perlawanan, Nimes menemui Caen bagi mendapatkan persetujuan untuk bermain seri 1-1 dan kedua-duanya bersetuju ketika separuh masa pertama.

"Semasa selang waktu itu, Nimes menghantar beberapa kotak minuman keras ke bilik persalinan Caen sebagai bayaran untuk penglibatan mereka dalam persetujuan tersebut.

Nimes Olympique rasuah Caen menggunakan minuman keras.

Nimes Olympique rasuah Caen menggunakan minuman keras.

"Perlawanan mereka pada asalnya telah dijadualkan pada awal musim sebelum ditangguh dan dimainkan sebelum perlawanan akhir musim ini.

"Ekoran itu, kedua-dua pasukan tahu keputusan yang mereka perlukan untuk mendapatkan mata bagi mengelak penyingkiran," katanya.

Terdahulu, perlawanan berakhir 1-1 seperti yang dirancang, dengan Caen berada di tempat ketiga manakala Nimes tidak tersingkir dan berjaya menamatkan musim di tangga ke-15.

Selepas skandal itu terbongkar, presiden Nimes Jean, Marc Conrad telah ditahan dan diminta berundur daripada tugasnya.

Susulan siasatan ke atas insiden itu, Conrad menerima larangan tujuh tahun daripada aktiviti berkaitan bola sepak, setelah didapati cuba untuk menetapkan empat perlawanan sepanjang musim 2013/14. - Daily star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain