suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padah serang Ukraine, Fifa umum 5 sekatan terhadap pasukan bola sepak Rusia

Presiden Fifa Gianni Infantino (kiri) bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin.

PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (Fifa) secara rasmi melarang pasukan bola sepak Rusia daripada mengibarkan bendera dalam perlawanan antarabangsa.

Sekatan Fifa itu susulan operasi ketenteraan Rusia ke atas Ukraine yang telah berlaku sejak Khamis lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rusia isytihar perang ke atas Ukraine, apa sebenarnya sedang berlaku?

Secara keseluruhan, Fifa mengenakan lima sekatan ke atas Rusia.

Berikut merupakan perincian sekatan Fifa terhadap Rusia akibat pencerobohan Ukraine:

1. Rusia dilarang menganjurkan pertandingan bola sepak antarabangsa di bawah naungan Fifa.

2. Perlawanan di tempat sendiri Rusia mesti dipindahkan ke gelanggang neutral dan dimainkan tanpa penonton.

3. Rusia dilarang bertanding dan menggunakan nama Rusia. Sebaliknya menggunakan nama "Football Union of Russia (RFU).

4. Bendera Rusia mungkin tidak dikibarkan dalam perlawanan yang melibatkan wakil persatuan bola sepak Rusia.

5. Lagu kebangsaan Rusia tidak boleh dimainkan dalam pertandingan yang disertai perwakilan bola sepak Rusia.

Untuk rekod, sekatan itu diumumkan Fifa pada Isnin. - Kompas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain