suria

Neymar kongsi memori bertemu Maradona ketika usia 14 tahun

Neymar berpeluang bertemu dengan Maradona ketika zaman remajanya. -foto Twitter

NEYMAR secara terbuka berkongsi memorinya mengenai salah satu pertemuannya dengan mendiang Diego Maaradona ketika zaman mudanya.

Dunia bola sepak berkabung berikutan kematian Maradona pada Rabu minggu lalu dengan ramai memberikan penghormatan terakhir kepada pemain yang membantu pasukan menjuarai Piala Dunia 1986 itu.

Walaupun Neymar banyak kali bertemu dengan legenda bola sepak Argentina itu, namun momen ketika zaman remajanya di Santos benar-benar meninggalkan kesan yang amat mendalam buat dirinya.

Ketika itu, Maradona tampil dalam perlawanan menentang Brazil, dan Neymar tidak berpeluang menaiki bas.

Dia bagaimanapun dipelawa menaiki bas pasukan Argentina yang turut disertai Maradona.

Pertemuan bintang Paris Saint-Germain dan pemain antarabangsa Brazil berjalan dengan baik, malah Maradona sanggup mengatur sesi fotografi bersama peminatnya itu.

"Saya hanya mempunyai beberapa 'pertemuan' dengan Maradona, tetapi saya tidak akan melupakannya momen ketika berusia 12 atau 13 tahun itu," kata Neymar kepada Eleven Sports. - Mail Online

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Neymar, Diego Maradona, PSG, Argentina,

Artikel Lain