suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sah! Lewis Hamilton positif Covid-19, bakal terlepas perlumbaan GP Sakhir

Hamilton disahkan positif Covid-19 pada Selasa pagi. Foto: EPA

JAGUH Formula Satu (F1), Lewis Hamilton disahkan positif Covid-19, hanya beberapa hari selepas menjuarai Grand Prix Bahrain.

Juara dunia tujuh kali itu kini dikuarantin di bilik hotel selepas keputusan ujiannya diumumkan pada Selasa pagi.

Perkembangan terbaharu itu sekaligus menyebabkan Hamilton bakal terlepas perlumbaan Grand Prix Sakhir di Bahrain yang dijadualkan hujung minggu ini.

"FIA, F1 dan Mercedes hari ini mengesahkan bahawa semasa ujian pra-perlumbaan wajib untuk Grand Prix Sakhir, Lewis Hamilton telah didapati positif Covid-19. Selaras dengan protokol Covid-19, beliau kini sedang dikuarantin," demikian kenyataan bersama yang dikeluarkan pihak F1.

Hamilton, 35, dilaporkan mengalami gejala ringan pada Isnin pagi dan telah menjalani dua ujian sebelum keputusannya disahkan positif berikutan mempunyai kontak rapat dengan individu yang positif Covid-19. - Dailymail.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain