suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lagi individu ‘selfie’ dengan mayat Maradona, tunjuk tanda bagus

Keranda Maradona yang diletakkan jersi nombor 10. -foto AFP

SEORANG lagi pekerja pengebumian didapati bergambar dengan keranda Diego Maradona, membuat permohonan maaf.

Lelaki berkenaan, Claudio Fernandez bergambar bersebelahan mayat legenda bola sepak Argentina itu.

Turut bergambar bersama anaknya lelakinya, mereka berdua menunjukkan tanda bagus untuk rakaman lensa kamera.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Selfie' dengan aksi letak tangan di kepala jenazah Maradona, pekerja pengebumian dipecat

Fernandez dipecat dari rumah pengebumian, selepas seorang lagi pekerja turut dibuang kerja gara-gara bergambar dengan mayat Maradona sambil menunjukkan tanda bagus.

Gambar-gambar tersebut dirakamkan semasa keranda Maradona ditempatkan di kediaman presiden untuk penghormatan terakhir.

Peguam legenda bola sepak itu mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang melakukan aksi itu. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain