suria

‘Selfie’ dengan aksi letak tangan di kepala jenazah Maradona, pekerja pengebumian dipecat

(kiri) Diego Molina merupakan pekerja yang menguruskan keranda Diego Maradona. (kanan) Keranda Maradona untuk proses pengebumian negara. foto Mail Online/ AFP

SEORANG pekerja pengebumian dipecat selepas mengambil gambar bersama jenazah legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona.

Pekerja berkenaan, Diego Molina juga menerima ugutan bunuh selepas mendedahkan jenazah itu, selepas bergambar dengan aksi meletakkan sebelah tangannya di kepala Maradona.

Menerusi gambar tersebut, sebelah tangannya pula menunjukkan isyarat bagus.

ARTIKEL BERKAITAN: Legenda bola sepak, Diego Maradona meninggal dunia akibat serangan jantung

Molina merupakan salah seorang petugas yang membuat persiapan untuk jenazah Maradona untuk diletakkan di dalam keranda, bagi penghormatan terakhir oleh keluarga dan rakan-rakan.

Maradona meninggal dunia pada usia 60 tahun, akibat serangan jantung, Rabu.

Sekeping foto lain menunjukkan Molina berdiri di dalam sebuah van yang meninggalkan rumah mayat di Buenos Aires, susulan bedah siasat ke atas mayat Maradona selesai dan bersedia dibawa untuk proses pengebumian negara.

Pemilik rumah pengebumian itu, Sepelios Pinier mengesahkan kepada media tempatan bahawa pekerja tersebut telah dibuang kerja. - Mail Online

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain