suria

Bekas pemain pertahanan Afrika Selatan, Ngcongca maut dalam nahas jalan raya

Ngcongca maut dalam nahas jalan raya yang berlaku di Durban, pada Isnin. Foto: Getty mages

BEKAS pemain pertahanan antarabangsa Afrika Selatan, Anele Ngcongca maut selepas terbabit dalam nahas jalan raya, pada Isnin.

Berita tersebut disahkan oleh kelabnya, AmaZulu.

Ngcongca, 33, adalah salah seorang skuad Afrika Selatan pada Piala Dunia 2010 yang memulakan kempen dengan mengejutkan Perancis 2-1.

Dia memiliki 53 kaps sepanjang tujuh tahun beraksi bersama skuad kebangsaannya, di mana penampilan terakhirnya pada 2016.

Dia beraksi sembilan musim bersama kelab Belgium Genk, beraksi di Liga Juara-Juara dan tampil dalam 279 perlawanan.

Ngcongca adalah penumpang ketika kemalangan yang berlaku di utara Durban.

Sementara itu pemandunya yang merupakan seorang wanita kini dalam keadaan kritikal di hospital. - The Guardian

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ahmad Said, isteri disahkan positif Covid-19