suria

Pique direhatkan beberapa bulan ekoran kecederaan ligamen lutut serius

Pique tidak dapat menahan tangisan ketika diiring keluar padang. Foto: Goal.com

BARCELONA mengesahkan pemainnya, Gerard Pique mengalami kecederaan ligamen lutut yang serius.

Pemain pertahanan itu bertembung dengan Angel Correa pada perlawanan yang menyaksikan Barcelona tewas 1-0 di tangan Atletico Madrid pada Sabtu.

Selepas diberikan rawatan awal, Pique meninggalkan padang dengan tangisan, menunjukkan dia sedang berdepan dengan kecederaan yang serius.

"Ujian mendapati dia mengalami kecederaan gred tiga 'Medial Colleteral Ligament' (MCL) dan sebahagian 'Anterior Cruciate Ligament' (ACL) di lutut kanannya," kata pasukan itu menerusi satu kenyataan.

Tiada jangka waktu yang disebutkan mengenai tempoh Pique direhatkan, tetapi berdasarkan cedera ligamen yang menyakitkan - walaupun hanya sebahagian, akan mengambil masa berbulan-bulan untuk cergas seperti sedia kala.

Dalam masa yang sama, pasukan itu turut mengesahkan Sergi Roberto turut diketepikan dua bulan selepas otot di pahanya koyak. - Goal.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ahmad Said, isteri disahkan positif Covid-19