suria

Kurang 24 jam selepas dikebumikan, remaja mengaku anak Maradona mahu kubur digali semula

Kes mengenai Santiago yang mendakwa dia merupakan anak Maradona sudah diperkatakan sejak tahun 2014.

SEORANG remaja membuat permohonan agar kubur legenda bola sepak, Diego Maradona digali semula.

Dakwa Santiago Lara, dia merupakan anak kepada Maradona dan permohonan itu dibuat untuk membuktikan asal usul keturunannya.

Permohonan itu dibuat menerusi peguam yang mewakilinya, kurang 24 jam selepas pemain bola itu dikebumikan.

Peguam tersebut, Jose Nunez turut menuntut agar bedah siasat dan ujian DNA dilakukan ke atas mayat Maradona.

Namun, ia bukanlah kali pertama dakwaan itu timbul.

Kes mengenai Santiago yang mendakwa dia merupakan anak Maradona sudah diperkatakan sejak tahun 2014.

Ibu Santiago, Natalia Garat meninggal dunia pada 2006 dan didakwa pernah menjalin hubungan selama tujuh tahun dengan Maradona.

Rabu lalu, Maradona meninggal dunia pada usia 60 tahun akibat serangan jantung di Tigre, Buenos Aires. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ahmad Said, isteri disahkan positif Covid-19