suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zidane berdepan tekanan ekoran prestasi merosot Real Madrid, namun enggan letak jawatan

Zidane kini berada di dalam tekanan ekoran kekalahan demi kekalahan skuad kendaliannya itu. Foto: Getty Images

PENGENDALI Real Madrid, Zinedine Zidane menegaskan dia tidak akan meletakkan jawatan sungguhpun skuad kendaliannya tewas 0-2 kepada Shakhtar Donetsk dalam aksi Liga Juara-Juara pagi Rabu.

Zidane kini berada di dalam tekanan ekoran kekalahan demi kekalahan skuad kendaliannya itu.

Bagaimanapun dia enggan beralah sebaliknya masih mahu mengemudi pasukan berkenaan untuk layak ke saingan kalah mati selepas ini.

"Saya sama sekali tidak akan meletakkan jawatan. Memang benar kita sering menerima keputusan yang buruk tetapi kita perlu teruskan.

"Seperti perlawanan hari ini, di mana kita telah lakukan persiapan yang cukup rapi. Tetapi, masih ada satu perlawanan lagi dan apa yang perlu kita lakukan adalah untuk memenanginya, itu sahaja," katanya.

Real Madrid kini berada pada kedudukan ketiga Kumpulan B dengan tujuh mata hasil dua kemenangan, seri sekali dan tewas dua kali daripada lima perlawanan. - Goal.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Zidane, letak jawatan, Real Madrid

Artikel Lain