Minamino kecewa prestasi kurang memuaskan di Molineux - Sukan | mStar

Minamino kecewa prestasi kurang memuaskan di Molineux

Takumi Minamino ketika beraksi menentang Wolves pada Khamis lalu. Foto: Getty

BINTANG antarabangsa Jepun yang baru menyertai Liverpool, Takumi Minamino mengakui dia berasa sangat kecewa dengan persembahannya ketika perlawanan Liga Perdana menentang Wolves pada Khamis lalu.

Minamino dimasukkan ke dalam padang ekoran kecederaan menimpa Sadio Mane pada separuh masa pertama.

"Saya dapat rasakan kepercayaan yang diberi oleh pengurus, saya akan menebusnya kembali.

"Secara peribadi, saya tidak puas dengan prestasi saya sendiri, jadi saya ingin memenuhi harapan orang-orang yang menyokong saya," katanya.

Sungguhpun begitu Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan dia gembira dengan persembahan pemain berusia 24 tahun itu setelah Liverpool berjaya memperoleh kemenangan 2-1 ke atas Wolves.

Ia adalah hasil jaringan Jordan Henderson dan Roberto Firmino.

Minamino menyertai Liverpool dari Red Bull Salzburg pada Disember lalu dengan bayaran dilaporkan £7.25 juta (RM39.29 juta). - Metro.co.uk

Takumi Minamino , Liverpool , Wolves , Molineux

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain