Patung Ronaldo persis Iron Man diukir sempena festival di Itali - Sukan | mStar

Patung Ronaldo persis Iron Man diukir sempena festival di Itali

Cristiano Ronaldo dipilih untuk ditampilkan dalam bentuk patung menyerupai superhero Iron Man, pada satu karnival tahunan di Itali. Foto: Iacopo Giannini/LaPresse via ZUMA Press/REX

BINTANG bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo dipilih untuk ditampilkan dalam bentuk patung menyerupai superhero Iron Man, pada satu karnival tahunan di Itali.

Patung tersebut diarak di sekitar bandar Viareggio, salah satu bandar di Itali sebagai sebahagian daripada karnival tahunan yang menarik lebih dari 800,000 pengunjung saban tahun.

Karnival tersebut sebelum ini biasa menampilkan figura terkenal termasuk ahli politik dan bintang sukan.

Penyerang Juventus itu adalah tokoh terbaru yang dipilih untuk diukir dalam bentuk patung logam sempena karnival tersebut.

Patung Ronaldo diperbuat sepenuhnya daripada logam dari kepala hingga ke kaki.

Festival tersebut akan berlangsung bermula 1 Februari dan berakhir pada 25 Februari ini. - Dailystar

Ronaldo , Iron Man , festival , Itali

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Model buta sebelah kerana tatu mata