suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyokong Arsenal maut ditikam, mangsa dalam perjalanan untuk tonton perlawanan guna tiket hadiah hari jadi

Tashan Daniel. Foto PA

SEORANG lelaki mengaku membunuh seorang penyokong Arsenal yang dalam perjalanannya untuk menonton perlawanan di London, United Kingdom.

Tashan Daniel, 20, ditikam di platform di sebuah stesen kereta api bawah tanah Hillingdon di barat London pada 24 September tahun lalu.

Menerusi perbicaraan mahkamah, mangsa dalam perjalanan untuk menyaksikan perlawanan kelab The Gunners menentang Nottingham Forest di Stadium Emirates.

Beberapa hari sebelum kejadian, mangsa menerima hadiah berupa tiket perlawanan Piala Liga sempena hari ulang tahunnya ke-20.

Menerusi perbicaraan mahkamah, Alex Lanning, 22, dari Uxbridge, menafikan pembunuhan itu.

Dia bagaimanapun mengaku bersalah menikam mangsa menggunakan pisau.

Rakan tertuduh, Jonathan Camille, 19, dari Kensington menafikan pembunuhan dan kejadian tikam.

Kedua-dua tertuduh direman dan akan dibicarakan pada April depan. - Daily Star

Arsenal, Gunners, Tashan Daniel, hari jadi

Artikel Lain