Sebaris keluarga diraja Britain, bintang pop Dua Lipa... patung lilin Salah bakal muncul di Madame Tussauds - Sukan | mStar

Sebaris keluarga diraja Britain, bintang pop Dua Lipa... patung lilin Salah bakal muncul di Madame Tussauds

Patung lilin Mohamed Salah bakal diperkenalkan tahun ini di Madame Tussauds. Foto Madame Tussauds

PEMAIN Liverpool, Mohamed Salah meraih banyak penghargaan sejak menyertai kelab itu pada 2017.

Terbaharu, beliau bakal dilihat sebagai satu tarikan bintang di London, United Kingdom.

Pemain kelahiran Mesir itu memenangi anugerah PFA terbaik pada musim pertamanya bersama Reds, memenangi But Emas Liga Perdana Inggeris dalam dua musim terakhir dan dinobatkan sebagai pemain terbaik Afrika pada 2017 dan 2018.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak pernah bayangkan patung lilin sendiri!” - Wow... Chong Wei atlet pertama negara diabadikan di Madame Tussauds Hong Kong

Pemuda berusia 27 tahun itu bakal menjadi bintang sukan terkini yang akan diabadikan sebagai patung lilin oleh muzium patung lilin, Madame Tussauds di London.

Tarikan pelancong terkenal di dunia dikenali menghimpunkan patung lilin beberapa bintang terbesar di dunia, dari keluarga diraja Britain sehingga bintang pop Dua Lipa.

Bekas pemain Chelsea itu akan menyertai senarai bintang tersohor itu pada tahun ini.

Ia sekali gus menjadikan Salah sebagai bintang kelahiran Mesir pertama diberikan penghargaan sebagai patung lilin di muzium itu. - Mirror

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain