suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rahsia aksi hebat Ronaldo didedah, termasuk tidur 5 kali sehari

Ronaldo tidur selama 90 minit sebanyak lima kali sehari. Foto cristiano/Instagram

CRISTIANO Ronaldo, 34, begitu dikenali sebagai legenda dalam dunia sukan.

Beliau bukan sahaja meraih anugerah berprestij Ballon d'Or sebanyak lima kali, malah mendominasi perlawanan Liga Perdana Inggeris, La Liga dan Serie A.

Terdahulu, penyerang kelahiran Portugal itu mendedahkan pelan dietnya bagi membentuk six pack pada perutnya.

Jadi, apakah yang beliau amalkan untuk berehat?

Menurut seorang guru tidur, Nick Littlehales, Ronaldo mengikuti rutin yang luar biasa untuk mendapatkan rehat yang cukup sebelum perlawanannya.

Bintang bola sepak itu diberitahu supaya mengambil masa selama 90 minit sebanyak lima kali sehari pada kedudukan yang selesa.

Ronaldo turut diberitahu untuk berhenti melihat pada mana-mana skrin selama satu setengah jam sebelum waktu tidur.

Amalan tersebut bagi memastikan beliau mampu memberikan prestasi yang terbaik. - Daily Star



Cristiano Ronaldo, tidur, six pack

Artikel Lain