suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suarez bakal terlepas musim ini selepas jalani pembedahan lutut

Luis Suarez. Foto Reuters

PENYERANG Barcelona, Luis Suarez bakal terlepas musim ini selepas menjalani pembedahan lutut.

Pemain kelahiran Uruguay berusia 32 itu telah menjaringkan 14 gol dalam 23 perlawanan untuk Los Cules bagi penggal ini.

Dia bagaimanapun berhenti pada perlawanan separuh akhir Supercopa de Espana semasa menentang Atletico Madrid di Jeddah pada Khamis, ekoran masalah lutut yang dihadapinya sebelum ini.

Suarez kemudian menjalani pembedahan di Catalunya pada Ahad dan bakal berehat sekurang-kurangnya selama empat bulan.

Barcelona dalam satu kenyataan mengesahkan pekara itu.

"Pemain pasukan pertama, Luis Suarez telah menjalani pembedahan pada Ahad oleh Dr Ramon Cugat, bagi merawat masalah lutut kanannya.

"Penyerang Uruguay itu akan berehat selama empat bulan," menurut kenyataan itu. - Mirror


Luis Suarez, Barcelona, lutut

Artikel Lain