suria

Komen rasis terhadap Sterling, penyokong Manchester City dilarang tonton perlawanan di stadium selama lima tahun

SEORANG penyokong Manchester City dikenakan hukuman larangan menonton perlawanan di stadium selama lima tahun selepas mengaku bersalah melaungkan komen berbaur rasis kepada Raheem Sterling.

Ian Baldry, 58, mengaku bersalah menggunakan bahasa perkauman selepas Sterling menjaringkan gol untuk City ketika menentang Bournemouth pada Disember 2018.

Sewaktu penghakiman pada Jumaat, Baldry juga diperintahkan menjalani perkhidmatan masyarakat selama 200 jam.

Ketika perlawanan menentang Bournemouth pada hujung 2018, Sterling menjaringkan gol untuk menjadikannya 2-1 pada babak kedua permainan.

Sterling berlari ke arah penyokong pasukannya untuk meraikan jaringan tersebut, di mana ketika itu Baldry membuat komen rasis tersebut.

Ia telah didengar oleh penyokong lain yang turut sama berada di Stadium Etihad itu.

Mereka memaklumkan para petugas, yang kemudiannya memaklumkan pihak polis.

Semasa perbicaraan, pendakwaraya Robin Lynch berkata: "Baldry menyertai sekumpulan penyokong pada separuh masa kedua permainan.

"Mereka duduk di Colin Bell yang turut sama disertai anak-anak kecil dari etnik yang pelbagai.

"Pada minit ke-57, sewaktu Raheem Sterling  menuju ke arah penyokongnya, Baldry membuat komentar rasis terhadapnya.

"Dia (Sterling) tidak mendengar komen ini, tetapi yang lain mendengarnya." - Dailystar

Artikel Lain