suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas pengurus Juventus pantau Manchester United, intai jawatan Solskjaer

Max Allegri. Foto Reuters

MAX Allegri dilaporkan berhenti daripada mengambil sebarang kerja apabila beliau kini memantau keadaan di Manchester United.

Ia berikutan pengurus kelab, Ole Gunnar Solskjaer kini berada di bawah tekanan.

Allegri meninggalkan Juventus pada musim panas lalu selepas membimbing kelab gergasi Serie A itu sehingga meraih gelaran lapan kali berturut-turut.

Sementara Allegri dikaitkan dengan jawatan di Arsenal bulan lalu, figura berusia 52 tahun itu masih mencari cabaran berikutnya.

Menurut Daily Mail, pengurus itu berharap mendapat jawatan di Manchester United.

Solskjaer tidak percaya berada di bawah risiko untuk dipecat selepas membangkitkan semula kedudukan Manchester United ke tangga kelima dalam Liga Perdana Inggeris (EPL). - Mirror


Artikel Lain