suria

Mbappe dinobat pemain paling bernilai di dunia, dikaitkan perpindahan ke Anfield

Kylian Mbappe.

BINTANG Paris Saint-Germain (PSG) Kylian Mbappe dinamakan sebagai pemain paling bernilai di dunia.

Mbappe mencatat sejarah bersama kelab Perancis itu dengan menjaringkan 18 gol dalam kesemua perlawanan.

Pemain berusia 21 tahun itu terus dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool dan Real Madrid.

Namun kedua-dua kelab perlu membayar harga yang tinggi untuk mendapatkan khidmat Mbappe.

Menurut CIES Football Observatory, nilai pasaran Mbappe mencecah 226 juta pound sterling diikuti Raheem Sterling (190 juta pound sterling) dan Mohamed Salah (149 juta pound sterling).

Selain itu, tonggak utama Liverpool, Sadio Mane turut menduduki tangga lima teratas (155.6 juta pound sterling) dalam senarai itu, ketinggalan di belakang Jadon Sancho.

Turut tersenarai, Harry Kane di tempat keenam diikuti Marcus Rashford dan Lionel Messi di kedudukan kelapan.

Bintang Barcelona, Antoine Griezmann (105 juta pound sterling) dan Lautaro Martinez (99 juta pound sterling) masing-masing melengkapkan senarai kedudukan 10 teratas bagi kategori itu. - Mirror.co.uk

Kylian Mbappe, PSG

Artikel Lain