suria

Guardiola dedah dia lebih rela tinggal di Maldives, main golf daripada urus Man United

Guardiola mengakui hanya akan melatih satu Manchester sahaja.

PENGURUS Manchester City Pep Guardiola mengakui dia lebih rela tinggal di Maldives dan bermain golf daripada menguruskan pasukan Manchester United.

Guardiola pernah menjadi perhatian untuk menggantikan Sir Alex Ferguson sebelum ini.

Mereka bertemu di New York pada September 2012 untuk berbincang mengenai perkara tersebut.Namun ketika itu Guardiola memilih untuk bersama Bayern Munich.

"Selepas melatih City, saya tidak mahu melatih United. Ia seperti saya tidak akan melatih Real Madrid. Tidak akan sama sekali.

"Saya akan berada di Maldives jika tidak ada sebarang tawaran. Mungkin bukan sahaja Maldives kerana ia seperti tidak ada golf," ujarnya.

Guardiola tidak pernah tewas kepada United sejak musim pertama menguruskan City dan mengakui pesaing sebenarnya adalah Liverpool.

City akan berjunjung ke Old Trafford bagi menghadapi saingan separuh akhir pertama Piala Carabao pada awal pagi Rabu. -Dailymail.co.uk

Artikel Lain